GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Hotel Review G2 Hotel Hatyai Songkla

Hampir 5 tahun tak ke Daerah Songkla di Thailand, awal Mei 2019 berpeluang sekali lagi meneroka bandar unik ini. Kali ini, kami menginap di sebuah Hotel Boutique. Hotel Review G2 Hotel Hatyai Songkla, hotel 2 Bintang yang mungkin sesuai untuk pelancong Malaysia.

Lokasi hotel ini terletak tak jauh dari tempat tumpuan pelancong seperti Lee Gardens Hatyai Walking Street sekitar 2km, Greenway Night Market 2.8km dan juga Asean Night Market 2.3km. Tetapi, laluan untuk masuk ke G2 Hotel Hatyai ini tak banyak akses kenderaan awam seperti bas dan Tuk Tuk.

Hotel Review G2 Hotel Hatyai Songkla

Hotel Review G2 Hotel Hatyai Songkla

G2 Hotel mungkin sesuai jika anda datang ke Hatyai dengan menggunakan kenderaan sendiri

Bangunan G2 Hotel agak baru dan susunan perabut dalam bilik agak kemas. Ada kemudahan TV, WiFI Percuma, Katil Queen Size dan juga Twin Singgle Size dan mereka juga ada bilik keluarga yang agak besar.

Harga bilik dianggarkan bermula dari RM120 untuk penginapan 2 hari 1 malam untuk 2 orang termasuk dengan sarapan pagi. Ya, di sini ada Sarapan Pagi yang Halal.

Baca : Tempat Popular di Hatyai Songkla

Hotel Review G2 Hotel Hatyai Songkla

Hotel Review G2 Hotel Hatyai Songkla
Lobby Hotel

Hotel Review G2 Hotel Hatyai Songkla

Hotel Review G2 Hotel Hatyai Songkla

Hotel Review G2 Hotel Hatyai Songkla
Peta Lokasi G2 Hotel Hatyai

Perkhidmatan ‘Room Services’ juga terbaik. Dari layanan di Kaunter Pendaftaran, urusan Bagasi, malah nak pinjam seterika pun sangat friendly. Untuk servis ini, staff di G2 Hotel Hatyai boleh dipuji.

Cuma, bila tiba waktu makan tengahari dan makan malam, sekitar kawasan ini tak banyak restoran atau kedai makanan halal yang boleh kami tuju. Nak tak nak, terpaksa naik Tuk Tuk ke lokasi yang lebih menarik seperti ke Lee Gardens Hatyai Walking Street untuk menikmati menu makanan Muslim di Hatyai.

Tapi, kalau setakat nak cari kedai Serbaguna seperti 7 Eleven dan kedai runcit, ada banyak pilihan.

Oh ya, kalau naik Tuk Tuk ke Lee Gardens Hatyai Walking Street, kami cuma bayar THB40 (MYR5) untuk seorang.

Hotel Review G2 Hotel Hatyai Songkla

Hotel Review G2 Hotel Hatyai Songkla

Kawasan ini agak sunyi dah tak ada bising hiruk piruk kelab malam yang membisingkan. Kalau nak rehat dengan aman, hotel ini boleh la anda cuba. Lagipun harga bilik agak berpatutan.

Untuk info lanjut boleh lihat sendiri di laman web G2 Hotel Hatyai Songkla.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.