GShock MurahMencari G-Shock Original? Klik GShock-Malaysia.com

Hotel Review Hotel Royal Hill Satun Pak Bara

Mencari hotel terbaik di Pak Bara, tidak lain tidak bukan sudah pastinya hotel baru yang gah di puncak bukit, persisir Mu Ko Phetra National Park. Lawatan kali ini ke Satun, saya berpeluang untuk aktiviti Hotel Review Hotel Royal Hill Satun Pak Bara. Hotel ini diklasifikasikan sebagai hotel 4 bintang dikawasan ini dan punyai kelebihan dari hotel-hotel sekitarnya.

Bukan sahaja pemandangan hotel ini memukau, servis bilik yang disediakan dengan pilihan bilik yang menghadap pemandangan laut yang cantik serta menu makanan authentic terbaik citarasa tempatan memang memuaskan hati tetamu hotel.

Hotel Royal Hill Satun Pak Bara

Hotel Royal Hill Satun Pak Bara

Hotel Royal Hill Satun Pak Bara

Hotel Royal Hill Satun Pak Bara

Ramai tetamu yang pernah menginap di Royal Hill Satun akan setuju kalau saya katakan bahawa hotel ini adalah sebuah hotel dan resort mewah. Ia berdasarkan kualiti servis bilik, kemudahannya, kedudukan lokasi, binaannya yang menghadap dengan Laut Andaman dan hotel ini terletak di sebelah taman nasional Mu-ko Phetra di Amphoe.

Royal Hill Satun adalah hotel terbaik di Pak Bara, Satun, Thailand

Harga bilik untuk SEA VIEW – SUPERIOR SINGLE di Hotel Royal Hill Satun bermula dari sekitar THB1,990 (RM265). Harga boleh semak di laman web rasmi Royal Hill Satun.

room rates royal hill satun
Harga Promosi Bilik Royal Hill Satun

Kebiasaannya, harga bilik ini termasuk dengan Voucher Sarapan Pagi untuk 2 orang. Dan, menu sarapan pagi di sini memang terbaik. Nanti akan saya kongsi dalam blogpost yang akan datang.

Untuk bilik yang menghadap laut, anda akan pasti teruja dengan pemandangan ketika Sunset. View dari bilik memang memukau dengan desiran angin yang sangat romantik. Untuk yang bercadang untuk honeymoon, ini lokasi hotel terbaik di Pak Bara.

Hotel Royal Hill Satun Pak Bara

Hotel Royal Hill Satun Pak Bara

Hotel Royal Hill Satun Pak Bara

Hotel Royal Hill Satun Pak Bara
Bilik Sea View

Ruang bilik memang besar dengan tilam yang lembut serta kemudahan TV LCD, bilik mandi yang agak luas. Samada anda pilih 2 katil single atau 1 katil king size, ia tetap selesa.

hotel royal hill satun

hotel royal hill satun

hotel royal hill satun

Baca : MrJocko dan Hotel Review

hotel royal hill satun

hotel royal hill satun
Royal Hill Satun at night

Kalau nak cerita pasal kemudahan di sini, ada perkhidmatan teksi dari hotel ke Pak Bara, Massage dan Spa, Bilik Karaoke, Kolam Mandi, Gymnasium dan banyak lagi termasuk beberapa aktiviti hotel.

Secara peribadi, pengalaman menginap di hotel ini antara pengalaman terbaik di Satun. Terbaik!!! InsyaAllah berbaloi kalau menginap di hotel ini.

Nak cari kedai makan luar hotel agak jauh tetapi boleh diaturkan dengan transit oleh pihak hotel. Hanya sekitar 5km dari pekan Pak Bara dan sekitar 3km dengan restoran terbaik di Pak Bara.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.