GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Mu Ko Phetra National Park Satun Thailand

Ketika pertama kali datang ke Satun pada tahun 2014, kami hanya singgah bermalam satu malam di pekan Pak Bara. Tak sempat melihat pekan kecil ini. Tapi kali ini, dua malam menginap di Royal Hill Satun, kami berkesempatan menerokai tempat menarik di Satun, termasuk lah Mu Ko Phetra National Park Satun.

Untuk info, Taman Negara Mu Ko Phetra Satun juga ada bahagian yang dikenali dengan nama jolokan KHAO TO NGAI FAULT PLANE. Maaf sebab tidak pasti kenapa ia dinamakan sedemikian. InsyaAllah akan saya dapatkan info dari sumber terdekat dan kongsikan di blog travel Malaysia ini.

Mu Ko Phetra National Park Satun Thailand

Mu Ko Phetra National Park Satun Thailand

Mu Ko Phetra National Park Satun Thailand

Kami sampai di Mu Ko Phetra National Park ini waktu petang. Waktu yang sesuai untuk menyaksikan Sunset yang sangat cantik dari persisir kaki bukit. Berkebetulan, kami menginap di Hotel Royal Hill Satun, salah satu hotel terbaik di kawasan Satun dan pekan Pak Bara ini.

Kawasan Taman Negara Mu Ko Phetra Satun ini terletak di persisir pantai dan kaki Bukit, mengelilingi satu kawasan yang sangat cantik.

Mu Ko Phetra National Park Satun Thailand

Mu Ko Phetra National Park Satun Thailand

Mu Ko Phetra National Park Satun Thailand

Mu Ko Phetra National Park Satun Thailand

Mu Ko Phetra National Park Satun Thailand
Sunset Di Taman Negara Mu Ko Phetra Satun Thailand

Mu Ko Phetra National Park Satun Thailand

Mu Ko Phetra National Park Satun Thailand

Mu Ko Phetra National Park Satun Thailand

Baca : Tempat Menarik di Haytai

Untuk pelancong, dikenakan bayaran masuk. Ini kerana ia adalah sebahagian dari kawasan taman negara di Thailand.

Bermula dari pintu masuk, ia mempunyai trek laluan sejauh sekitar 1km, laluan pejalan kaki di persisir kaki bukit dan sesuai untuk jalan kaki dan juga untuk trek jogging. Kalau tak silap, nak berbasikal tidak dibenarkan kerana ia laluan yang sempit dan mungkin membahayakan pengguna lain.

Ia mempunyai pemandangan matahari terbenam yang sangat cantik dengan berlatar belakangkan bukit dan juga laut dibahagian Pak Bara. Sayang sekali laut ini tidak sesuai untuk mandi manda, hanya untuk aktiviti nelayan dan aktiviti menangkap ikan sahaja.

Nak tahu apa lagi yang menarik di Mu Ko Phetra National Park Satun, boleh baca di pautan ini, Tourism Thailand Malaysia.

InsyaAllah, ia lokasi best untuk santai petang. Sebaiknya, lepak sini dulu sebelum singgah makan malam di persisir pantai sekitar Pak Bara, Satun, Thailand.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.