GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Vietjet Tawar Tiket RM0 Ke Seluruh Asia

Bersempena dengan kempen khas Vietjet berjudul “Kaitan Cinta – Pamerkan Versi Musim Panas Anda”, syarikat penerbangan era baru ini mengumumkan jualan mega jutaan tiket RM0 untuk anda miliki! Ya, syarikat penerbangan Vietjet Tawar Tiket RM0 Ke Seluruh Asia.

Untuk meraih tiket penerbangan promosi ini, para pelanggan boleh menikmati sepenuhnya promosi harian – “12pm, masa untuk Vietjet!’’ yang menawarkan jutaan tiket serendah RM0(*) di www.vietjetair.com. Tiket-tiket promosi adalah untuk semua laluan domestik dan antarabangsa Vietjet.

Vietjet Tawar Tiket RM0 Ke Seluruh Asia

Vietjet Tawar Tiket RM0 Ke Seluruh Asia
Promosi Tiket Murah Vietjet Vietnam

Promosi harga tiket RM0 bagi tiket penerbangan Vietjet jarang-jarang sekali ditawarkan oleh Vietjet Airlines

Untuk memulakan kemeriahan musim panas, Vietjet menawarkan tambahan 800,000 tiket promosi penjimatan super bagi tiga hari emas. Bermula dari tarikh 22 – 24 Mei 2019, tiket-tiket promosi ini boleh diperoleh dari waktu 1.00 pm hingga 3.00pm (waktu Malaysia) bagi semua laluan domestik di dalam Vietnam bagi tempoh perjalanan antara 23 Julai hingga 31 Disember 2019 (**).

Syarikat penerbangan VietJet juga menyeru kepada semua pelancong untuk turut serta di dalam keseronokan perarakan musim panas istimewa dengan barisan hadiah yang menarik untuk diberikan di dalam penerbangan Vietjet dari 1 Jun 2019 hingga 31 Julai 2019.

Baca : MrJocko dan Tempat Popular di Vietnam

Buat pertama kalinya, maskot Vietjet, AMY akan mempelawa para penumpang untuk menikmati pengalaman musim panas istimewa di seluruh negara Asia dan wilayahnya, termasuk Vietnam, Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Thailand, Singapura, Myanmar, Malaysia, Kemboja, Hong Kong dan Indonesia di dalam satu daripada acara terbesar syarikat ini dengan siri aktiviti hiburan di atas penerbangan Vietjet.

Sepanjang kempen ini, para penumpang yang memperagakan pakaian watak cosplay kesukaan mereka semasa menaiki penerbangan Vietjet akan menerima hadiah istimewa dan mereka juga boleh menghadiri perarakan khas yang akan diadakan di Da Nang pada 29 Jun 2019.

Vietjet Tawar Tiket RM0 Ke Seluruh Asia
Tiket Murah Vietjet Vietnam
Vietjet Tawar Tiket RM0 Ke Seluruh Asia
Tiket Murah Vietjet Vietnam

(Tidak termasuk cukai dan fi)

Semua tiket promosi boleh didapati menerusi saluran jualan dalam talian standard syarikat penerbangan ini: www.vietjetair.com (juga boleh dilayari dengan telefon pintar di https://m.vietjetair.com) dan  https://www.facebook.com/VietjetMalaysia (cuma klik butang “Booking”). Pembayaran boleh dilakukan dengan mudah menerusi kad debit dan kredit, termasuk Visa/MasterCard/AMEX/JCB/KCP/Union.

Ini adalah peluang hebat untuk orang ramai melupakan keresahan dan bersuka-ria dengan cara yang menyeronokkan. Vietjet mengalakkan semua penumpang untuk menikmati persekitaran pesta ini dan merubah diri mereka kepada `versi musim panas’ sebelum memulakan langkah ke horizon baharu untuk meneroka dunia. Kempen musim panas ini direka khas bagi orang yang suka pengalaman melancong dan mahu keluar dari zon selesa dan merealisasikan impian mereka.

Vietjet Tawar Tiket RM0 Ke Seluruh Asia

Vietjet Tawar Tiket RM0 Ke Seluruh Asia

Sejak memulakan penerbangan pertamanya pada 2011, Vietjet telah menjadi syarikat penerbangan perintis, memenangi hati jutaan pelancong dengan promosi-promosi menariknya, hiburan di dalam penerbangan, terutama semasa musim perayaan. Dengan perkhidmatan berkualiti tinggi, kepelbagaian kelas tiket, Vietjet menawarkan para penumpang pengalaman penerbangan di dalam pesawat baharu yang selesa kerusinya dan makanan panas enak disajikan oleh kru kabin yang mesra dan berdedikasi, dan banyak lagi perkhidmatan tambah nilai yang menarik.

Ikuti Vietjet di https://www.facebook.com/VietjetMalaysia untuk sentiasa dikemaskini mengenai kempen ini.

(*) Tidak termasuk cukai, fi
(**) Tidak termasuk cuti umum

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.