GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Kedai Kasut Branded Original Di Thailand

Pada pandangan orang Malaysia, negara Thailand memang terkenal dengan produk copy dikalangan Asia. Orang Malaysia khususnya sejak puluhan tahun dahulu, sudah terbiasa dengan produk tiruan yang dijual, dikatakan banyak datang dari negara jiran ini. Namun, mungkin ramai tak perasan, ada banyak juga Kedai Kasut Branded Original Di Thailand yang menjual produk asli, berkualiti dan rekaan limited edition banyak jenama-jenama terkenal antarabangsa.

Kalau yang biasa kita dengan di Thailand, ada banyak produk tiruan yang cantik seperti jersey bolasepak, tshirt, seluar jeans dan banyak lagi. Pada yang tak tahu, mungkin mereka ingat ia adalah buatan Thailand, tetapi banyak juga produk tiruan tersebut datan gdari negara-negara lain. Ia hanya melalui Thailand untuk masuk ke pasaran terdekat, termasuk Malaysia.

Kedai Kasut Branded Original Di Thailand

Kedai Kasut Branded Original Di Thailand 03 copy

Bila travel ke Thailand, khususnya destinasi tempat menarik yang menjadi tumpuan pelancong, ia akan menjadi pusat menjualnya banyak produk copy original. Harga produk copy original ini pastinya jauh lebih murah dari harga yang asli.

Namun, untuk peminat sesuatu jenama, keaslian dan produk yang betul-betul berkualiti menjadi pilihan mereka. Sebab itu, sebenarnya banyak kedai-kedai di Thailand ada menjual produk asli, berkualiti dengan pelbagai jenama antarabangsa.

Pengikut produk asli ada di mana-mana. Mereka yang mampu akan tetap membeli produk asli demi kepuasan ketika memakainya. Kata peribahasa Melayu “Kalah Membeli, Menang Memakai”. Pastinya harga produk asli dan berkualiti memang mahal, tetapi bila guna, akan berpuas hati.

Secara peribadi, banyak produk original di Thailand adalah antara koleksi yang rare dan susah jumpa di Malaysia. Untuk yang sukakan fesyen, mereka yang nak jadi trendsetter, atau mungkin follower tegar sesetengah produk berjenama, model-model jenama terkini pilihan mereka pasti akan memilih model terkinin dan model yang rare serta limited edition untuk dibeli.

Sebagai contoh, untuk model kasut Adidas ketika di kedai kasut branded original di Hatyai, ada banyak model rare dan limited edition yang pasti dicari oelh pengumpul kasut Adidas.

Kedai Kasut Branded Original Di Thailand 01
Kedai Kasut Branded Original Di Thailand
Kedai Kasut Branded Original Di Thailand 02
Kasut Adidas Stan Smith Original

Kedai ini contohnya, menjual produk Adidas dan Reebok asli. Lihat sahaja beberapa model kasut Adidas Stan Smith ini, pasti ramai collector Adidas akan teruja. Ia antara kasut yang limited edition. Harga pun tak mahal sangat, tertera cuma THB2490 (MYR345).

Kesimpulannya, walaupun negara Thailand memang terkenal dengan produk copy tiruan, tetapi sebenarnya mereka masih lagi punyai banya kedai dan outlet jenama antarabangsa yang asli. Untuk yang ke Thailand untuk beli produk tiruan, pasti tidak akan pandang kedai original disekeliling. Tetapi untuk peminat tegar jenama original, pasti akan menjadi lubuk mereka kerana ada banyak koleksi edisi terhad dan rekaan terbaru dengan harga yang sedikit murah berbanding di Malaysia.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.