GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Top 5 Yang Menarik Di Muji Hotel Ginza Tokyo

Ada hotel baru di Ginza Tokyo. Ramai tetamu hotel bagi feedback yang hampir sama. Ini Top 5 Yang Menarik Di Muji Hotel Ginza Tokyo. Mungkin apa yang telah dikongsikan dengan tetamu hotel sebelum ini boleh memberikan panduan kepada pelancong Malaysia yang nak menginap di Muji Hotel Ginza.

Entry ini bukan bertujuan mempengaruhi penilaian anda, hanya sekadang perkongsian informasi tentang apa yang menarik tentang hotel ini. Pendapat tetamu hotel lain mungkin berbeza dengan citarasa pelancong Malaysia.

Muji, sebelum ini adalah ‘peruncit’ yang terkenal dengan reka bentuk minimalis dan harga yang berpatutan. Kini, mereka telah membuka hotel terbarunya di tengah-tengah bandaraya Tokyo. Hotel sebanyak 79 buah bilik terletak di atas kedai utama Muji Ginza setinggi enam tingkat.

Muji Hotel Ginza di Tokyo 1

Muji Hotel Ginza di Tokyo

Bagi pelancong bajet, hotel Muji merupakan pilihan baru di Tokyo, di mana memilih hotel yang lebih murah mungkin bermakna anda akan tidur dengan kapsul. Hotel ini mempunyai banyak tambahan yang menarik, seperti penyapu aroma di bilik tetamu dan ruang umum termasuk perpustakaan dan galeri hotel.

Berikut adalah 5 Yang Menarik Di Muji Hotel Ginza Tokyo

1. Rekabentuk Mewah Dengan Harga Yang Berpatutan
Para tetamu Muji tidak perlu membayar harga bilik premium untuk harga bilik di Muji Hotel Ginza. Dengan kondisi yang bersih dan permukaan kayu yang menjadikan bilik-bilik tampak moden dan selesa. Para tetamu akan menikmati ruang bilik kecil tetapi pintar. Hampir setiap susun atur di dlam bilik termasuk sofa atau kawasan tempat duduk yang lebih menarik daripada bilik hotel lain. Satu bilik juga mempunyai katil yang luas untuk dua orang dengan selesa.

2. Harga Bilik Tetap
Harga bilik di Muji Hotel Ginza bermula dengan JPY14,500 (USD133) untuk 2 hari 1 malam bagi 1 pax dan JPY26,980 (USD250) untuk 2 hari 1 malam bagi 2 paxs. Ini adalah harga tetap dan biasanya tidak akan berubah walaupun mempunyai permintaan yang tinggi. Jadi pelancong boleh menempah harga tertera dan mengetahui bahawa ini adalah harga terendah setiap masa. Harga akan tetap sama, walaupun pada musim Peak Time seperti Musim Cherry Blossom atau pada Sukan Olimpik 2020 yang akan datang.

3. Banyak Kemudahan Percuma di Muji Hotel Ginza
Setiap bilik akan diisi sepenuhnya dengan kemudahan toiletries seperti syampu rambut, sabun mandian, berus gigi percuma, ubat gigi, pisau cukur, bola kapas dan berus rambut. Para tetamu juga disediakan pakaian tidur dan kasut khas di bilik percuma. Semestinya setiap bilik ada kemudahan Wi-Fi percuma, dan setiap bilik dilengkapi dengan LCD TV besar dan pembesar suara Bluetooth.

Hotel Muji mempunyai pelbagai tambahan servis yang tersedia untuk tetamu yang menyewa, termasuk pakaian joging, pengecas telefon, seterika rambut dan banyak lagi.

Muji Hotel Ginza di Tokyo

Muji Hotel Ginza di Tokyo

Muji Hotel Ginza di Tokyo

Muji Hotel Ginza di Tokyo 6

Muji Hotel Ginza di Tokyo

Muji Hotel Ginza di Tokyo
Bilik di Muji Hotel Ginza di Tokyo

Muji Hotel Ginza di Tokyo

Muji Hotel Ginza di Tokyo
Kedai Muji di Ginza

4. Akses Cepat Ke Restoran Makanan
Selepas seharian menjelajah Tokyo, tetamu tidak perlu meninggalkan bangunan Muji untuk mendapatkan hidangan malam atau makanan ringan. Untuk pilihan yang cepat, gedung utama Muji menjual hasil segar, dan kafe mempunyai bar jus, ais krim dan bento. Terdapat juga kedai roti Muji, restoran Muji dan restoran Jepun dari Muji dipanggil Wa, semuanya di bangunan yang sama. Tingkat keenam adalah rumah kepada bar hotel yang dibuka sehingga jam 2 pagi.

5. Lokasi yang hebat
Hotel Muji berada di daerah Ginza di Tokyo, salah satu tempat membeli-belah dan tempat makan yang paling terkenal di bandar ini, penuh dengan kedai-kedai tempatan, kedai serbaneka yang besar, restoran dan kafe. Pada petang hujung minggu, jalan utama melalui Ginza menutup lalu lintas, menjadikannya lebih mesra-pejalan kaki.

Merancang perjalanan? Semak artikel lain di laman web ini untuk lebih informasi berguna. Baca MrJocko dan Tempat Menarik di Jepun.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.