GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Perjalanan Tanpa Passport Boleh Menjadi Kenyataan

Untuk anda yang selalu travel, pernah tak terfikir suatu hari nanti akan jadi lebih mudah kembar keluar negara, perjalanan tanpa Passport. Ya, Perjalanan tanpa passport boleh menjadi kenyataan jika beberapa ciri keselamatan lain dipertingkatkan ke seluruh negara.

Ada Satu inisiatif yang diperkenalkan oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang dikenali sebagai Program Identiti Digital Pengenalan (KTDI) yang dikenali sudah dalam fasa perintis percubaan.

Perjalanan Tanpa Passport Boleh Menjadi Kenyataan

perjalanan tanpa passport copy

Baca : MrJocko Travel Blogger Malaysia

Laman web World Economic Forum (WEF) mengesahkan bahawa skim itu akan “membolehkan orang ramai untuk terbang bebas dokumen antara destinasi antarabangsa seluruh dunia”.

“Ujian untuk skema sedang dijalankan, dan para penumpang yang mendaftar dalam projek perintis akan dapat melakukan perjalanan antara Kanada dan Belanda menggunakan telefon bimbit mereka bukan pasport,” kata pihak WEF.

Apakah maksud ini?

Ia membawa maksud, selepas ini, kemungkinan pengembara yang melakukan perjalanan merentasi sempadan sesebuah negara tidak memerlukan passport lagi dan hanya memerlukan peranti Smartphone sahaja.

Menjelang tahun 2030, ketibaan udara antarabangsa dijangka akan mencapai 1.8 bilion penumpang, kenaikan sebanyak 50 peratus dari tahun 2016. Di bawah sistem Imigresen, Passport yang sedia ada pada hari ini, lapangan terbang tidak akan dapat bersaing dengan pertumbuhan ini. Sebab itu, projek ‘Perjalanan Tanpa Passport’ ini menawarkan penyelesaian.”

SIstem yang akan diperkenalkan ini, akan beroperasi dengan menggunakan identiti digital yang saling beroperasi dan teknologi KTDI yang lain. Ia akan menawarkan jawapan yang menyeluruh untuk perjalanan yang selamat dan lancar. Ini akan membentuk masa depan penerbangan dan keselamatan.”

Ketika anda tiba di lapangan terbang yang mengambil bahagian, data identiti anda akan disulitkan dan disimpan di telefon bimbit mereka. Data ini akan menggantikan microchip pasport.

Sebelum anda sampai ke lapangan terbang, maklumat anda dihantar kepada syarikat penerbangan dan pihak berkuasa sempadan. Tidak lupa, teknologi biometrik turut digunakan. Ia sebahagian dari program perintis KTDI.

Percubaan program ini akan dijalankan sepanjang tahun 2019. Perjalanan yang didokumentasikan secara digital ini dijangka akan berlaku pada tahun 2020.

Program ini juga akan mengurangkan beban pentadbiran industri penerbangan dan pegawai kerajaan.

Sumber : World Economic Forum

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.