Promosi Fly Now Deals Malaysia Airlines 2019

Hits: 14

Biarpun musim Cuti Hari Raya hampir tamat, tapi, masih ada peluang sebenarnya untuk bercuti. Kini, orang ramai yang mencari tawaran perjalanan pada saat akhir boleh menikmati tambang rendah Promosi Fly Now Deals Malaysia Airlines 2019 mulai sekarang hingga tarikh 21 Jun 2019.

Harga tiket yang ditawarkan sempena dengan promosi tiket murah Malaysia Airlines ini boleh dikatakan berbaloi untuk dibeli, khususnya untuk mereka yang masih lagi belum puas bercuti sempena dengan musim perayaan ini.

Promosi Fly Now Deals Malaysia Airlines 2019

Promosi Fly Now Deals Malaysia Airlines 2019

tiket murah malaysia airlines

Masa untuk terbang dengan syarikat penerbangan terbaik negara, MAS…

tiket murah malaysia airlines

Klook.com

Dalam kenyataan daripada pihak Malaysia Airines pada hari ini, syarikat penerbangan negara itu berkata menerusi tambang serendah RM 339 pergi balik kelas ekonomi, orang ramai boleh merancang perjalanan mereka dari Kuala Lumpur ke Medan, Indonesia. Manakala untuk ke Bali daripada RM689, Hong Kong RM719, Manila RM789, Chennai RM939, Beijing RM1,119, Seoul dari RM1,209, Tokyo RM1,399, Sydney RM1,549, atau London daripada serendah RM2,899.

Baca : MrJocko dan Malaysia Airlines

“Perjalanan sehala kelas ekonomi bagi laluan domestik juga ditawarkan daripada serendah hanya dari RM69 dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang atau Langkawi, daripada serendah RM99 ke Kuching dan daripada RM129 ke Kota Kinabalu,” katanya.

Ini lah masa untuk terus beli tiket penerbangan. Boleh rancang lebih awal sebab ia adala untuk penerbangan sehingga Mac 2020, tahun hadapan.

Selain Fly Now Deals, Malaysia Airlines juga menawarkan diskaun sehingga 15 peratus bagi tempat duduk standard dengan kelebihan 10kg tambahan bagasi, MHinsure, pilihan tempat duduk, bagasi tambahan selain akses ke Golden Lounge.

Ini peluang terbaik untuk anda yang mencari tiket murah penerbangan MAS (Malaysia Airlines). Layari laman web Malaysia Airlines untuk maklimat lanjut.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.