Beijing Lu Tempat Paling Happening Di Guangzhou

Waktu siang, lokasi ini nampak biasa sahaja. Tapi menjelang petang hingga ke tengah malam, Beijing Lu Tempat Paling Happening Di Guangzhou. Lokasi ini hidup dengan kehadiran ribuan manusia, termasuk pelancong asing untuk menikmati makanan ‘street food’, membeli belah dan melihat kerlipan lampu-lampu sekitar Beijing Road (Beijing Lu).

Jangan salah sangka, ia bukan terletak di Beijing, China. Ini antara satu lagi destinasi shopping terkenal di Guangzhou. Tetapi, kawasan ini lebih kepada kedai-kedai outlet berjenama antarabangsa dan juga jenama tempatan yang premium. Di sini juga ada kedai pakaian Uniqlo Jepun, Adidas USA dan juga beberapa kedai jenama antarabangsa yang lain.

Beijing Lu Tempat Paling Happening Di Guangzhou

beijing lu tempat paling happening di guangzhou 07 copy

beijing lu tempat paling happening di guangzhou 02

Untuk pelancong, kawasan ini lebih kepada lokasi untuk santai di waktu malam sambil melihat aktiviti rakyat tempatan. Untuk pelancong biasa, ia bukan untuk membeli belah kerana ini bukan dalam kawasan membeli-belah dengan harga borong. Tetapi, kalau pandai cari, ada beberapa lokasi kedai menjual barangan dengan harga murah.

Kami singgah di sini 2 kali di Beijing Lu. Ini kerana di sini juga ada menjual Sate Kambing Halal, tetapi harga agak mahal berbanding Sate Kambing Halal di Zhanxi Lu. Beberapa kedai lain di sekitar ini juga turut menujual Air Kelapa, Air Jus Mangga dan beberapa lagi kedai buah menjual menu makanan yang Friendly Muslim.

beijing lu tempat paling happening di guangzhou 03

beijing lu tempat paling happening di guangzhou 05
Jalan Bawah Tanah di Guangzhou
beijing lu tempat paling happening di guangzhou 06
Jalan Bawah Tanah di Guangzhou

beijing lu tempat paling happening di guangzhou 08

beijing lu tempat paling happening di guangzhou 09

beijing lu tempat paling happening di guangzhou 10

Baca : MrJocko dan Tempat Shopping Murah di Guangzhou

Untuk anda yang ingin lihat kemeriahan malam di Guangzhou, Beijing Lu antara salah satu destinasi wajib lawat kalau ke Guangzhou. Berbaloi dengan pengalaman dan juga masa anda untuk ke sini. Lokasi Beijing Road Guangzhou ini juga dekat dengan Stesen Metro Beijing Road atau Stesen Haizhu Square. Tambang untuk menaiki Keretapi Metro Guangzhou dari satu destinasi ke destinasi lain pun tak mahal.

Cari Lokasi Beijing Lu Guangzhou di sini.

Masa paling sesuai untuk ke Beijing Lu (Beijing Road Guangzhou) bermula dari jam 5.00 petang hingga ke waktu 12.00 malam.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.