GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Beli Helmet Di Luar Negara Bawa Balik Kena Rampas Kastam?

Selama MrJocko travel ke luar negara, ada beberapa kali kami singgah dan beli helmet untuk tujuan koleksi peribadi. Sebab itu, bila keluar berita viral, Beli Helmet Di Luar Negara Bawa Balik Kena Rampas Kastam masa nak keluar dari ruang ketibaan. Ada ramai member bertanya, betul ke boleh kena rampas? Sebab apa kena rampas oleh pihak Kastam di Lapangan Terbang.

Ya, MrJocko pernah lihat ada helmet yang dibawa oleh penumpang kapal terbang, diperiksa dan terpaksa dirampas oleh pihak Kastam kerana ia tidak mematuhi peraturan tertentu. Namun, dalam beberapa keadaan, ada yang dibolehkan mengikut budi bicara lebih-lebih lagi bila pembawa mempunyai surat kelulusan terlebih dahulu.

Beli Helmet Di Luar Negara Bawa Balik Kena Rampas Kastam?

Beli Helmet Di Luar Negara Bawa Balik Kena Rampas Kastam 2 copy

Kalau nak tahu, ini antara KENYATAAN dan INFORMASI RINGKAS yang telah dimaklumkan kepada umum tentang peraturan dan larangan membawa masuk helmet ke Malaysia.

Beli Helmet Di Luar Negara Bawa Balik Kena Rampas Kastam

Baca : MrJocko dan Motorsikal

Untuk informasi anda semua, pihak Kastam sudah memaklumkan pada akhir tahun lepas, bahawa setiap helmet/topi keledar yan gdigunakan di Malaysia hendaklah mempunyai Chop SIRIM.

Sila semak berita di sini :
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/mulai-tahun-depan-topi-keledar-perlu-ada-tanda-sirim-ini-193419

Ketua Pengarah JPJ dalam sidang akhbar sebelum ini berkata pihaknya kini sedang bekerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bagi membanteras kemasukan dan penjualan topi keledar tidak mengikut piawaian ditetapkan kerajaan.

“Sebarang kemasukan topi keledar dari luar negara perlu memenuhi standard Peraturan Malaysia Standard MS 1 dan Peraturan UNR 22. Bagi topi keledar mendapat persijilan UNR 22, penandaan pada topi keledar adalah berupa huruf E yang boleh didapati di tali pengikat dan cermin pelindung muka,” katanya.

Bagaimana pula dengan pembelian Helmet secara online yang dibeli dari luar negara?

Syarikat MrJocko pernah beberapa membeli produk helmet dari Jepun dan ia tersangkut di Kastam Lapangan Terbang. Untuk mendapatkannya balik, kami terpaksa memohon kelulusan dari pihak berwajib untuk pelepasan.

Beli Helmet Di Luar Negara Bawa Balik Kena Rampas Kastam 3

Beli Helmet Di Luar Negara Bawa Balik Kena Rampas Kastam 1

Beli Helmet Di Luar Negara Bawa Balik Kena Rampas Kastam 4

Kalau nak tahu apa standard yang wajib bagi pemakaian helmet atau topi keledar di laman web ini, PanduLaju.

Apa yang dilakukan oleh pihak Kastam dan JPJ ini adalah sebenarnya untuk menjaga kepentingan pengguna ketika di jalanraya.

Namun sebagai peminat helmet motorsikal, pihak JPJ dan Kastam juga patut membuat semakan kembali kerana ada beberapa model helmet yang dibeli bukan untuk kegunaan dijalanraya, tetapi hanya untuk tujuan simpanan peribadi, atau lebih dikenali sebagai Collector Items.

Secara logik, kalau untuk Collector Items, kenapa perlu ada Chop Sirim, sedangkan spesifikasi model kualiti jenama terkenal seperti Shoei, Arai, KYT dan banyak lagi, sudah pasti standard keselamatan mereka dan capai tahap antarabangsa.

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.