GShock MurahMencari G-Shock Original? Klik GShock-Malaysia.com

Insiden 3 Penyelam Maut Terkena Bom Ikan Pulau Kalapuan

Insiden 3 Penyelam Maut Terkena Bom Ikan Pulau Kalapuan semalam agak mengejutkan semua pihak, termasuk pihak Kementerian Pelancongan Malaysia. Perkara seperti ini sepatutnya tidak berlaku, jika orang ramai mematuhi undang-undang yang telah diwartakan.

Katanya dalam kejadian tersebut, dua pelancong asing dan seorang penyelam skuba tempatan dipercayai terbunuh akibat terkena letupan bom ikan semasa menyelam di perairan Pulau Kalapuan.

Insiden 3 Penyelam Maut Terkena Bom Ikan Pulau Kalapuan

Insiden 3 Penyelam Maut Terkena Bom Ikan Pulau Kalapuan 1
Peta Pulau Kalapuan

Insiden 3 Penyelam Maut Terkena Bom Ikan Pulau Kalapuan 2

Insiden itu dipercayai berlaku pada pukul 5.50 petang dan telah disahkan oleh pihak polis.

Bagaimana tragegi ini boleh berlaku? Bagaimana pula dengan keselamatan penyelam lain selepas ini?

Secara lojik, laut adalah kawasan yang sangat luas. Tambahan pula, dikawasan kejadian katanya adalah kawasan yang biasanya dijadikan ‘tourist spot’ di pulau berkenaan. Bagaimana boleh ada bom ikan yang diletakkan dan meletup di kawasan tersebut.

Isu seperti ini, mungkin kes terpencil, tetapi ia tetap akan memberi impak negatif kepada pelancongan Malaysia. Kalau tidak dibendung dari awal dan kurang perhatian, ia akan mengurangkan jumlah kedatangan pelancong ke kawasan tersebut.

Tempat Menarik di Sabah Malaysia

contoh gambar bom ikan

Contoh Gambar Bom Ikan Buatan Sendiri

Nampaknya, setakat ini, ada perkembangan positif dengan tindakbalas cepat dari pihak Polis DiRaja Malaysia serta pihak berwajib dalam menangani kejadian seperti ini supaya tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang.

Sebagai rakyat Malaysia, Sabah antara destinasi paling versatile di Malaysia. Dengan menawarkan pelbagai pilihan destinasi terbaik di Malaysia dari dasar laut sehingga kepada puncak gunung tertinggi di Asia, iaitu Gunung Kinabalu.

Sebab itu, semua pihak termasuk rakyat sendiri patut memainkan peranan dalam memacu pertambahan kedatangan pelancong asing untuk ke Malaysia, khususnya ke Sabah, Negeri di Bawah Bayu.

Bayangkan, kalau kita kehilangan pelancong yang datang ke Malaysia, ia memberi impak kepada pendapatan ramai rakan-rakan kita yang bergantung hidup dalam industri produk dan perkhidmatan dalam sektor pelancongan.

Sumber : Berita Harian https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/07/581745/bom-ikan-dipercayai-punca-3-penyelam-maut

Untuk mereka yang belum pernah sampai ke Sabah, cuba la terbang ke Negeri Di Bawah Bayu ini. Paling popular di Sabah ialah di Kota Kinabalu, Kundasang, Pulau Gaya, Sandakan, Semporna dan juga boleh ke Kudat.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.