GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Kisah Inspirasi Keliling India Selama 93 Hari Tanpa Kos Vishaal Henry

Ramai yang impikan kembara perjalanan ke seluruh dunia dengan bajet yang murah. Apatah lah kalau dapat keliling dunia dengan PERCUMA. Hanya segelintir yang bertuah sahaja yang telah mencapai impian ini. Termasuk, kisah inspirasi Kembara Keliling India Selama 93 Hari Tanpa Kos Vishaal Henry dari Kunnamkulam.

Vishaal Henry yang berusia 17 tahun dari Kunnamkulam di Thrissur adalah salah seorang daripada mereka. Dia kembara keliling India dengan hanya menumpang kenderaan sepanjang jalan, pergi ke seluruh negara dalam tempeoh 93 hari.

Apa yang membuat perjalanan Vishaal Henry lebih menggembirakan adalah kerana kos perjalanan tersebut boleh dikatakan ‘tanpa kos’.

Kembara Keliling India Selama 93 Hari Tanpa Kos Vishaal Henry

Kembara Keliling India Selama 93 Hari Tanpa Kos Vishaal Henry 01

Cita-cita Vishaal Henry sentiasa mahu melihat setiap pelusuk negeri di India. Apabila dia selesai dengan peperiksaan Kelas XI, dia menggunakan masa cuti tersebut untuk meneroka dalam negara sendiri.

Plan kembara keiling India ini dibuat secara spontan.

Ini bukan perjalanan pertama beliau, yang mana dia pernah ke Chennai ketika dia masih belajar di Kelas VIII. Vishaal bermula dari Kochi pada 2 April 2019 dan akhirnya berjaya keliling satu India.

Apa yang beliau bawa dipermulaan perjalanan? Hanya, lima set pakaian, sweater, selimut dan INR400 (MYR24) sahaja yang diberikan oleh ibunya.

Kembara Keliling India Selama 93 Hari Tanpa Kos Vishaal Henry 02
Kembara Keliling India Selama 93 Hari Tanpa Kos Vishaal Henry
Kembara Keliling India Selama 93 Hari Tanpa Kos Vishaal Henry 03
Menu Makanan Vishaal Henry

“Saya bermula dari Kochi di dalam bas dan pada masa saya sampai ke Kanyakumari, dompet saya kosong. Dari sana, saya meneruskan perjalanan di atas lori. Destinasi adalah Chennai. Saya kemudian pergi ke Karnataka, Andhra Pradesh, Telangana, Odisha, Bengal Barat dan akhirnya meliputi seluruh negara, “katanya.

Baca : Cerita Manusia dan Inspirasi

Vishaal Henry telah mengembara keliling India turut merasa menaiki traktor, lori tangki dan lori kitar semula.

“Saya memang tidak akan meminta makanan kepada sesiapa. Ramai orang yang saya tumpang, turut membelikan saya makanan. Selain itu, saya juga makan makanan di kuil. Dan saya pernah mandi dan mencuci di tasik dan pam petrol.”

“Ada kalanya saya kelaparan selama sekurang-kurangnya tiga hari. Saya tinggal di perhentian bas, beranda kedai, gereja dan stesen keretapi,” kata pelajar Sekolah CMS di Thrissur.

Ketika dalam perjalanan, beberapa kejadian seakan memaksa beliau untuk putus harapan. Namun, Vishaal Henry terus tekadkan cita-cita beliau.

“Telefon saya dicuri semasa di Odisha. Saya tidak dapat menghubungi ibu bapa saya. Nasib ada Polis memberi saya sokongan kerana saya tidak mempunyai wang.

“Saya akhirnya dapat menghubungi ibu bapa saya melalui Persatuan Malayalee All India, Ibu saya menghantar saya wang untuk membeli telefon lain,” katanya.

Setelah menyelesaikan perjalanan yang berisiko, Vishaal telah mencapai Kochi dari Goa dalam penerbangan selepas Lion’s Club di sana membelinya ke tiket.

Antara pemangkin yang mendorong Vishaal Henry untuk menamatkan kembara keliling India beliau ialah kerana sokongan ibu bapa.

Ini satu lagi kisah yang boleh memberikan inspirasi kepada ramai pengembara di seluruh dunia. Cekal hati dengan hanya bermodalkan INR400 (MYR24) sahaja, dia mampun sudahkan pengalaman berharga beliau.

Sumber : New Indian Express

Kredit Gambar : Vishaal Henry

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.