GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Kos Tambang Dari Airport Guangzhou Ke Pusat Bandar

Kalau saya travel keluar negara, antara faktor yang saya ambil berat ialah jarak dan kos perjalanan dari lapangan terbang ke pusat bandar. Mujur untuk destinasi Guangzhou, Kos Tambang Dari Airport Guangzhou Ke Pusat Bandar sangat-sangat murah. Dengan hanya menggunakan keretapi yang lebih dikenali sebagai Metro (Keretapi Bawah Tanah) kos perjalanan dari stesen ke stesen sangat murah.

Bayangkan, kami menaiki Guangzhou Metro dari North Terminal 1 menuju ke Tiyu Xilu Station hanya CNY7 sahaja (MYR4.20). Bayangkan kalau kita bandingkan dengan kos dari KLIA2 ke Kuala Lumpur, dengan menaiki keretapi, MYR55 untuk seorang. Berkali ganda.

Kos Tambang Dari Airport Guangzhou Ke Pusat Bandar

Kos Tambang Dari Airport Guangzhou Ke Pusat Bandar 011

transport dari guangzhou baiyun international airport ke pusat bandar 2
Kos Transport Dari Guangzhou Baiyun International Airport ke Pusat Bandar

Baca : MrJocko dan Tempat Menarik di Guangzhou, China.

Jauh jarak antara Guangzhou Baiyun International Airport ke Tiyu Xilu Station sekitar 40km dan 45 minit pemanduan kereta. Tetapi kalau naik Metro, sekitar 30 minit sahaja.

Tiyu Xilu Station Metro ni antara tempat transit pelbagai kenderaan awam lain dan juga jaringan Metro lain, yang bergerak ke sekitar bandar Guangzhou.

Cuma perlu ingat, kalau dah masuk bahagian pusat bandar, ia memang padat dengan penumpang. Jadi sentiasa bersedia dan berhati-hati kerana kadang-kadang kesesakkan untuk menaiki keretapi Metro sangat padat.

Kos Tambang Dari Airport Guangzhou Ke Pusat Bandar 00
Airport Guangzhou

Kos Tambang Dari Airport Guangzhou Ke Pusat Bandar 02

Kos Tambang Dari Airport Guangzhou Ke Pusat Bandar 03

Untuk memudahkan membeli tiket Metro, sediakan wang kecil seperti nilai CNY10. Sebaiknya bila sampai di lapangan terbang Guangzhou, beli air mineral dan pecahkan nilai CNY100 kepada nilai kecil untuk tambang keretapi Metro di Guangzhou.

Selain dari keretapi Metro, kalau nak cuba kenderaan yang lagi selesa, boleh cuba untuk naik kenderaan seperti Grab di Malaysia, dikenali sebagai Didi. Ia mempunyai aplikasi dalam bahasa Mandarin dan juga English. Pembayaran boleh dibuat menggunakan WeChat Pay, Alipay dan juga CASH.

Apapun, untuk pengangkutan dari Airport ke Pusat Bandar Guangzhou, paling mudah, paling jimat dan paling efisen sudah pasti dengan menggunakan keretapi Metro Guangzhou LINE 3. Kekerapan perjalanan pun sangat cepat, sekitar 3 – 5 minit kalau tak silap.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.