GShock MurahMencari G-Shock Original? Klik GShock-Malaysia.com

Mihimihi French Puff Kedai Pastri Guangzhou

Satu lagi makanan Perancis yang semakin terkenal di Malaysia, diberi nama Mihimihi. Konsep kedai French Pastry ini sudah ada di Malaysia, tetapi saya belum sempat singgah untuk mencuba. Tetapi, bila travel ke Guangzhou, ada kesempatan untuk buat food review Mihimihi French Puff Kedai Pastri Guangzhou yang terletak di Beijing Lu.

Terima kasih kepada Bro Syazwan yang memperkenalkan kami dengan menu French Puff jenama Mihimihi ini. Ya, ia memang sedap dan menu terhidang dengan banyak pilihan. Untuk kedai Mihimihi, sekitar Beijing Lu sahaja ada beberapa kedai menjual pastri Perancis ini.

Mihimihi French Puff Kedai Pastri Guangzhou

Mihimihi French Puff Kedai Pastri Guangzhou 03 copy

Mihimihi French Puff Kedai Pastri Guangzhou 01
Mihimihi French Puff Kedai Pastri Guangzhou

MrJocko dan Food Review Makanan

Bahan asas untuk menu du Mihimihi ni rasanya tepung. Kalau bahasa mudah, ia umpama makanan seperti waffles tetapi ditambah baik, di inovasikan dengan beberapa tambahan bahan-bahan lain termasuk aiskrim dan perisa tertentu.

Untuk kali ini, kami bertiga mencuba 3 menu berbeza. Saya cuba nak review French Puff perisa Strawberry, Jeman dengan perisa Mangga dan juga perisa Kacang oleh Syazwan.

Mihimihi French Puff Kedai Pastri Guangzhou 02

Mihimihi French Puff Kedai Pastri Guangzhou 04
Mihimihi French Puff Strawberry
Mihimihi French Puff Kedai Pastri Guangzhou 06
Mihimihi French Puff Strawberry
Mihimihi French Puff Kedai Pastri Guangzhou 08
Mihimihi French Puff Guangzhou

Ketika kami sampai, memang ramai yang beratur untuk mengambil order. Ntah kenapa, kedai Mihimihi di Guangzhou ini sangat popular. Kata member di Malaysia, menu Mihimihi Malaysia tidak la sepopular ini. Maksudnya, tak perlu nak beratur panjang. Atau mungkin menu yang kami beli ini tiada di Malaysia?

Nanti ada kesempatan nak cuba menu Mihimihi Malaysia di Sunway Velocity Mall. Mungkin ada menu di Malaysia yang lebih sedap dan mungkin ada menu yang berbeza dengan outlet Mihimihi Guangzhou.

Untuk pilihan menu yang sedap dan halal, boleh singgah di kedai Mihimihi Malaysia di alamat :

IOI City Mall:
Address: LG K10, IOI City Mall Putrajaya, IOI Resort, 62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Operating Hours: 10.00am- 10.00pm daily

Sunway Velocity Mall:
Address: 3-56A, 3rd floor, Sunway Velocity Mall, Jalan Cheras, 55100, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Operating Hours: 10.00am- 10.00pm daily

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.