GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Peluang Terakhir Untuk Beli Tiket Murah Musim Salji

Orang Malaysia, kalau nak bercuti luar negara, pasti akan teringin untuk ke negara yang ada salji. Maklumlah di Malaysia panas sepanjang tahun. Sebab itu, pembelian tiket penerbangan lebih awal boleh membantu korang untuk jimat dengan banyak. Ada lagi 4 – 5 bulan lagi untuk musim salji, jadi ini Peluang Terakhir Untuk Beli Tiket Murah Musim Salji ke destinasi impian anda.

Antara destinasi musim sejuk dan pengalaman bermain salji popular di kalangan orang Malaysia ialah di Jeju Island Korea, Sapporo Jepun, Istanbul Turki dan juga di Beijing China. Mungkin ada lagi lokasi lain, seperti di United Kingdom, Paris dan negara Eropah lain, tetapi kos untuk ke sana di musim salji melebihi RM5,000.

Peluang Terakhir Untuk Beli Tiket Murah Musim Salji

Harga Tiket Murah Musim Salji 00 Jeju Island Korea

Sebaiknya, kalau nak beli tiket murah untuk percutian musim salji, beli pada tempoh promosi dan sekitar 6 – 12 bulan lebih awal. Namun, biasanya orang Malaysia, suka buat kerja last minute dan jarang yang tak berani rancang awal untuk percutian mereka.

Untuk tiket ke Jeju Island, kalau musim promosi, harga sekitar RM500++ untuk penerbangan pergi balik. Kalau ke Sapporo sekitar RM700++, tiket ke Istanbul kadang-kadang buleh dapat sekitar RM1600++ dan untuk ke beijing, kalau bernasib baik, boleh beli dengan harga RM400 pergi dan balik.

Yang penting, grab cepat-cepat tiket murah ketika tawaran promosi dari syarikat penerbangan.

Tips Travel – Jangan Buat 5 Perkara Ini Masa Travel

Harga Tiket Murah Musim Salji 01 Sapporo Jepun

Harga Tiket Murah Musim Salji 02 Beijing China

Tiket Murah Musim Salji 04 Istanbul Turki

Memandangkan musim salji di Korea, Jepun, Istanbul dan Beijing bermula sekitar bulan Disember setiap tahun, masa yang paling cantik nak tengok salji sekitar Januari hingga Februari. Masa ni, salji tebal dan memutih di sana-sini.

Sangat cantik kalau berada dikawasan pergunungan atau dikawasan taman. Memukau sesiapa sahaja.

Last MrJocko merasai pengalaman bermain Salji pada tahun lepas di Chiba. Untuk pengalaman salji di Jeju Island, Beijing dan Istanbul belum pernah rasa. InsyaAllah, kalau ada rezeki, teringin nak ke sana.

Satu lagi cara, beli tiket awal-awal guna travel agensi. InsyaAllah, ada juga yang offer harga tiket murah.

Untuk rancang dan beli tiket penerbangan lebih mudah boleh layari SkyScanner atau KLOOK untuk pakej menarik melancong d luar negara.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.