Pemandu Grab Malaysia Akan Berkurangan Selepas 12 Julai 2019

Hits: 93

Sudah kecoh isu panas ramai pemandu Grab di Malaysia sejak akhir tahun lepas tentang perlaksanaan E-Hailing kepada pemandu Grab Malaysia. Ramai yang buat part-time sebagai pemandu Grab sudah malas nak sertai Grab. Sebab E-Hailing, Pemandu Grab Malaysia Akan Berkurangan Selepas 12 Julai 2019.

Jangkaan awal, hampir 50% pemandu Grab Malaysia akan tidak lagi meneruskan kerja part-time sebagai Pemandu Grab. Ini kerana ramai yang mula terfikir akan bebanan, kesulitan dan kos tambahan yang terpaksa mereka tanggung untuk E-Hailing yang akan mula dikuatkuasakan pada Jumaat, 12 Julai 2019.

Pemandu Grab Malaysia Akan Berkurangan Selepas 12 Julai 2019

Pemandu Grab Malaysia Akan Berkurangan Selepas 12 Julai 2019 01 copy

Baca : MrJocko dan Isu Semasa

Perlaksanaan E-Hailing ini akan memberikan beberapa kemungkinan, untuk Pemandu Grab dan Penumpang Grab.

Pemandu Grab
1. Komisen untuk servis Grab Malaysia mungkin akan naik.
2. Peluang untuk dapatkan penumpang lebih.
3. Keyakinan yang lebih dari penumpang kerana ia dikawal oleh E-Hailing
4. Kos operasi untuk Grab bertambah kerana kos E-Hailing

Pengguna Grab
1. Disebabkan pemandu Grab yang berkurangan, charge untuk perkhidmatan Grab Malaysia dijangka akan naik berbanding biasa.
2. Waktu menunggu untuk mendapatkan perkhidmatan Grab akan lebih lama kerana kekurangan pemandu
3. Keselamatan penumpang akan lebih terjamin kerana perlaksanaan E-Hailing

grab malaysia e hailing
Kos Pemandu Grab Malaysia E-Hailing

Grab telah berkerjasama dengan Kementerian Pengangkutan, JPJ, APAD dan PUSPAKOM untuk memastikan pemandu Grab Malaysia mengambil Lesen PSV sebelum tarikh 12 Julai 2019.

Untuk mereka yang selalu travel menggunakan Grab atau menggunakan Grab sebagai salah satu pilihan utama mereka di sekitar bandar, pasti berita kekurangan Pemandu Grab ini akan meresahkan mereka.

MrJocko sendiri, selalu menggunakan perkhidmatan Grab dari rumah untuk ke KL Sentral atau ke Lapangan Terbang KLIA atau KLIA2 jika mahukan servis yang cepat dan mudah. Jika servis ini mengalami kekurangan pemandu, pasti ia memberi kesan.

Apa yang perlu buat selepas ini, pengguna Grab perlu lebih awal merancang perjalanan mereka. Sebaiknya, bersedia membuat tempahan 30 minit lebih awal untuk memastikan mereka mendapat pemandu Grab ke destinasi mereka. Di waktu puncak, sudah pasti akan lebih susah mendapatkan khidmat Grab, jadi, rancang lebih awal untuk perjalanan yang lebih lancar.

Maklumat lanjut, boleh terus layari laman web www.grab.com.my

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.