XianXian Mosque Masjid Terbesar di Guangzhou Guangdong

Hari Jumaat ketika berada di Guangzhou, rezeki kami bertiga dapat singgah di XianXian Mosque Masjid Terbesar di Guangzhou Guangdong China. Cadangan asal untuk singgah untuk Solat Jumaat sambil menikmati pilihan pelbagai menu Halal Muslim di perkarangan masjid, tetapi hampa.

Khabarnya bermula bulan Mei 2019 yang lepas, pihak berkuasa melarang gerai-gerai yang sebelum ini menjaja dan meniaga makanan halal di perkarangan Masjid Xianxian Guangzhou. Ekoran dari peraturan baru tersebut, tiada lagi gerai-gerai makanan Muslim pada hari Jumaat di sekitar Masjid. Bila ia akan beroperasi kembali, masih lagi tiada jawapa.

XianXian Mosque Masjid Terbesar di Guangzhou Guangdong

XianXian Mosque Masjid Terbesar Di Guangzhou 01 copy

XianXian Mosque Masjid Terbesar Di Guangzhou 02

XianXian Mosque Masjid Terbesar Di Guangzhou 03
Di Hadapan Pintu Utama Masjid Xianxian

XianXian Mosque Masjid Terbesar Di Guangzhou 06

Untuk makluman pembaca, Xianxian Mosque ( dalam bahasa Cina : 先贤清真寺) adalah masjid yang terletak di Daerah Yuexiu District, Guangzhou City, Guangdong Province, China. Ia telah diakui sebagai Masjid Yang Terbesar di Guangzhou, China.

Masjid ini telah dibina sejak tahun 629 lagi sejak pemerintahan Tang Dynasty. Kawasan ini juga dikenali sebagai Hui-hui cemetery (Perkuburan Hui-Hui) yang mana ia adalah kubur Ornag Islam terkenal, yang mana di sini terdapat 40 kubur Pendakwah Arab Terkenal pada zaman kegemilangannya.

Semestinya kalau anda berpeluang untuk melancong ke Guangzhou, masukkan dalam aturcara perjalanan untuk melawat Xianxian Mosque atau Masjid Huaisheng yang juga dipanggil Masjid Guangta atau Masjid Rumah Api.

Masjid yang dibina pada zaman Dinasti Tang (618-907) ini adalah antara masjid tertua di dunia. Ia dibina untuk memperingati Nabi Muhammad SAW. Perkataan ‘huaisheng’ bermakna ‘mengingati insan keramat’.

Binaan bangunan masjid di sini, ada seni bina China dan Arab disatukan. Ia memang unik dan menjadikan masjid ini begitu istimewa. Ada yang kata, menara masjid yang berlampu dan berlubang dibahagian atas, akan menjadi panduan kapal yang belayar di Sungai Zhujiang pada zaman dahulu.

XianXian Mosque Masjid Terbesar Di Guangzhou 07

XianXian Mosque Masjid Terbesar Di Guangzhou 08
Jemaah di hari Jumaat, Masjid Xianxian
XianXian Mosque Masjid Terbesar Di Guangzhou 10
AJK Masjid Xianxian
XianXian Mosque Masjid Terbesar Di Guangzhou 11
Pintu Belakang Masjid Xianxian Guangzhou

XianXian Mosque Masjid Terbesar Di Guangzhou 12

Lokasi Masjid Xianxian Guangzhou tak jauh dengan Zhanxi Lu (Zhanxi Road) tempat shopping terbaik di Guangzhou. Nak mudah, jalan kaki sahaja ke sana dari masjid, hanya memakan masa selama 30 minit.

Untuk informasi yang lebih lengkap tentang Xianxian Mosque Guangzhou, boleh baca pautan website ini Muslim2China Xianxian Mosque

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.