Bayaran Levi Pelepasan 2019 Semua Penumpang Udara Luar Negara

Mungkin ini berita yang kurang baik untuk mereka yang selalu terbang ke keluar negara. Kadar Bayaran Levi Pelepasan 2019 akan mula dikuatkuasakan. Untuk info semua Bayaran Levi Pelepasan 2019 Semua Penumpang Udara Luar Negara. Ia akan mula berkuat kuasa pada bulan depan, September 2019.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah, berkata levi pelepasan yang diumum dalam peruntukkan ‘Bajet 2019’ itu akan mula dikuatkuasakan selepas ketibaan musim haji tahun ini.

Bayaran Levi Pelepasan 2019 Semua Penumpang Udara Luar Negara

bayaran levi pelepasan 2019 malaysia copy

bayaran levi pelepasan 2019 malaysia 01
Bayaran Levi Pelepasan 2019 Malaysia

bayaran levi pelepasan 2019 malaysia 02

bayaran levi pelepasan 2019 malaysia 03

Baca : MrJocko dan Airport

Mengikut jadual yang disediakan oleh pihak Jabatan Peguam Negara melalui Perintah Levi Pelepasan 2019 Warta Kerajaan Persekutuan harga Kadar Levi untuk pelepasan Negara ASEAN ialah RM8 bagi Kelas Ekonomi dan RM50 bagi kelas Selain Ekonomi. Manakala bagi negara selain ASEAN ialah RM20 bagi Kelas Ekonomi dan RM150 bagi kelas Selain Ekonomi.

Untuk nilai RM8 mungkin tidak menjadi masalah. Namun untuk nilai kadar Levi Pelepasan lebih dari RM20 rasanya ia agak besar. Apatah lagi kalau untuk perlepasan Business Class dan First Class yang mungkin akan membayar tambahan RM150 untuk Levi Pelepasan 2019.

Cadangan Semakan Levi Pelepasan 2019

Levi Pelepasan ini akan menjadi sebahagian dari pendapatan kerajaan dan ia akan digunakan untuk pembangunan negara. Namun, rasanya pihak berwajib patut semak kembali untuk kadar yang telah ditetapkan. Saya mengesyorkan supaya, harga Kadar Levi untuk pelepasan Negara ASEAN ialah hanya RM5 bagi Kelas Ekonomi dan RM20 bagi kelas Selain Ekonomi. Manakala bagi negara selain ASEAN ialah RM10 bagi Kelas Ekonomi dan RM50 bagi kelas Selain Ekonomi.

Dalam pembentangan Bajet 2019, kerajaan bercadang mengenakan levi pelepasan bagi semua penumpang udara ke luar negara, iaitu RM20 ke negara ASEAN dan RM40 ke negara lain mulai 1 Jun 2019 dalam usaha menggalak pembangunan pelancongan domestik.

Rang Undang-undang (RUU) Levi Pelepasan 2019 Malaysia bagi menguatkuasakan kutipan kadar levi pelepasan bagi semua penumpang udara itu, dibentang dan diluluskan di Dewan Rakyat pada April lalu.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.