GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Food Review Nasi Kandar Yaseem Chow Kit Kuala Lumpur

Kali ini, masa untuk kongsi pengalaman Food Review Nasi Kandar Yaseem Chow Kit Kuala Lumpur. Sebelum ni, ramai yang kata menu nasi kandar di sini memang sedap, berbanding menu nasi kandar Kudu bin Abdul. Jadi, untuk tahu sendiri, kena la cuba. Lagipun lokasi restoran kedua-dua ini tak la jauh mana, hanya sekitar 50 meter sahaja bersebelahan dengan Jalan Chow Kit Kuala Lumpur.

Setakat ini, dalam masa 6 bulan lepas, kerap juga saya singgah di Restoran nasi Kandar Mohd Yaseem Chow Kit ini. Bermula dengan menu makanan lunch, kemudian cuba menu sarapan pagi dan bila malam, ia nampak lebih meriah dengan meja-meja yang diletakkan di luar restoran.

Food Review Nasi Kandar Yaseem Chow Kit Kuala Lumpur

Nasi Kandar Yaseem Chow Kit Kuala Lumpur 04 Copy

Memandangkan restoran ini dibuka hampir 24 jam, yang mana hanya ada rehat sejam dua sahaja untuk mereka melakukan pembersihan dan mengemas perkakasan dapur, anda boleh datang untuk sarapan di sini seawal jam 6.00 pagi. Menu yang ada, macam-macam. Tetapi pastinya menu signature di Restoran Mohd Yaseem Chow Kit ini pastinya nasi kandar dengan pelbagai lauk pauk yang memang sedap.

Oh ya, sebelum ni, ada yang menggelarkan kedai ini dengan nama Restoran Yasin, Restoran Yaseen, Restoran Yassin, Yassen Nasi Kandar, tetapi nama sebenarnya ialah Restoran Mohd Yassem.

Antara menu popular di Restoran Mohd Yaseem Nasi Kandar ini ialah menu Ayam Goreng, Ayam Goreng Kicap, Sotong, Udang, Telor Sotong, Telur Ikan Goreng, Kepala Ikan Bawal, Telur Asin, Telur Dadar, Daging Masak Kicap dan banyak lagi.

Harga untuk menu standard, Nasi dan Lauk Ayam Goreng dengan sedikit sayur dan cili hijau hanya sekitar RM9 sahaja.

Baca : MrJocko dan Kaki Makan

Nasi Kandar Yaseem Chow Kit Kuala Lumpur 01
Nasi Kandar Yaseem Chow Kit Kuala Lumpur
Nasi Kandar Yaseem Chow Kit Kuala Lumpur 02
Lauk Sotong Nasi Kandar
Nasi Kandar Yaseem Chow Kit Kuala Lumpur 03
Kari Kepala Ikan
Nasi Kandar Yaseem Chow Kit Kuala Lumpur 05
Nasi Kandar Yaseem Lauk Ayam Goreng

Kalau nak makan dengan selesa, datang awal pagi atau datang sekitar jam 11.00 pagi untuk makan tengahari. Kalau anda lambat, mungkin terpaksa beratur sekitar 30 minit untuk mendapatkan menu makanan Nasi Kandari di sini.

Tatapi, kalau anda peminta Nasi Kandar, rasanya berbaloi untuk menunggu selama beberapa minit untuk mencuba menu sedap di Nasi Kandar Yaseem Kuala Lumpur.

Lagi satu yang unik, rasanya hanya di restoran ini menyediakan menu tambahan, Tapai sebagai hidangan pencuci mulut. Jarang sekali restoran Mamak menyediakan menu Tapai Pulut di restoran mereka. Lagipun biasanya Tapai ini hanya dihidangkan pada musim hari Raya kan???

Nasi Kandar Yaseem Chow Kit Kuala Lumpur 06
Tapai

Kesimpulan untuk menu di Restoran Nasi Kandar Mohd Yaseem Chow Kit ini, untuk orang biasa seperti saya yang bukan peminat nasi kandar, ia agak berbaloi untuk dicuba. Ada sesetengah menu memang rasa memang sedap. Kalau nak lagi sedap, cuba menu sotong atau udang. Tetapi, kena ingat, harga menu udang dan sotong di sini memang agak mahal berbanding tempat lain.

Nak tahu apa kata mereka yang pernah cuba menu Restoran Yaseem Nasi Kandar KL ini, boleh baca food review mereka di Tripadvisor.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.