GShock MurahMencari G-Shock Original? Klik GShock-Malaysia.com

Perbezaan Pakej Samsung Galaxy Note10 Terbaik Di Malaysia

Peranti telefon pintar terbaru dari Samsung kini di Malaysia. Model smartphone Samsung Galaxy Note10 akhirnya sudah sampai ke pasaran Malaysia. Pastinya ramai antara peminat telefon Samsung akan mencari harga yang murah dan pakej telco terbaik untuk harga Samsung Galaxy Note10 dan Galaxy Note10+ ini. Ini adalah perkongsian Perbezaan Pakej Samsung Galaxy Note10 Terbaik Di Malaysia.

Perkongsian tawaran pakej Galaxy Note10 dan Galaxy Note10+ di Malaysia ini pasti akan memberikan nilai wang yang berbaloi untuk semua. Dengan nilai tawaran menarik dari telco seperti Maxis, Celcom, Digi, U Mobile, YES dan tawaran lain pasti akan membuatkan anda semua susah nak buat pilihan, mana satu tawaran harga yang murah dan berbloi untuk di miliki.

Advertisements

Baca : MrJocko dan Smartphone

Perbezaan Pakej Samsung Galaxy Note10 Terbaik Di Malaysia

pakej galaxy note10 terbaik 01 copy

Jika anda peminat Maxis, mungkin akan berkira untuk mengambil pakej dari telco Maxis untuk diri sendiri atau untuk orang tersayang. Dengan tawaran Galaxy Note10 dan Galaxy Note10+ Maxis, anda bukan sahaja boleh membawa pulang satu, tetapi dua unit Galaxy Note10 dengan hanya membayar hanya RM199 per month.

Untuk pilihan yang lebih premium, model Galaxy Note10+, harga bermula dari RM139 sebulan untuk setiap unit. Kedua-duanya menawarkan pakej tanpa bayaran pendahuluan dengan 3 bulan perlindungan PERCUMA bagi kecurian dan perlindungan kerosakkan, tanpa rasa risau. Nak tahu lebih lanjut, layari tawaran pakej Maxis Galaxy Note10 dan Galaxy Note10+ di laman web www.maxis.com.my/galaxy-note10.

pakej galaxy note10 terbaik maxis
Pakej Galaxy Note10 Terbaik Maxis
pakej galaxy note10 terbaik celcom 01
Pakej Galaxy Note10 Terbaik Celcom

Bagi pelanggan Celcom, syarikat ini juga menawarkan tawaran yang tidak kurang menarik dan berbaloi. Untuk telefon pintar Galaxy Note10 dan Galaxy Note10+, syarikat Celcom menawarkan peluang untuk anda membawa peluang dua Galaxy Note10 atau Note10+ dengan hanya bayaran sebanyak RM221 sahaja sebulan. Nak tahu informasi yang lebih menarik, layari pautan ini https://shop.celcom.com.my/device-detail/Samsung-Galaxy-Note-10-Plus.

Satu lagi tawaran menarik, dari Digi Telecommunication. Pelanggan Digi bakal mendapatkan telefon Galaxy Note10 dengan harga serendah RM79 sahaja sebulan. Untuk model lebih premiu, Galaxy Note10+ harga bermula dari RM99 sahaja setiap bulan. Dapatkan lebih maklumat di www.digi.com.my.

Telco U Mobile Malaysia turut menawarkan pakej Galaxy Note10 yang menarik. Dapatkan telefon Samsung Galaxy Note10 atau Note10+ dengan harga seredah RM100 sahaja setiap bulan. Ia ada menawarkan pakej ‘U Mobile UPackage’. Semestinya nak dapatkan apa yang menarik, klik di pautan ini www.u.my/note10.

pakej galaxy note10 terbaik u mobile
Pakej Galaxy Note10 Terbaik U Mobile

Akhir sekali, Telco YES turut sama dalam menawarkan peranti terbaik Samsung ini. YES 4G menawarkan harga Galaxy Note10 512GB hanya dengan harga RM3,799 (RRP RM4,799). Alami sendiri pengalaman menggunakan Galaxy Note10 dengan pakej ‘UNLIMITED Data’ dan voice plan hanya untuk RM90 setiap bulan. Butiran tentang tawaran harga murah Telco YES 4G ini, layari www.yes.my.

Sudah pernah test smartphone Samsung Galaxy Note10 atau Galaxy Note10+? Kalau ada masa, bandingkan sendiri dan lihat sendiri Perbezaan Pakej Samsung Galaxy Note10 Terbaik Di Malaysia.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.