GShock MurahMencari G-Shock Original? Klik GShock-Malaysia.com

Restoran Hameediyah Bistro Nasi Kandar Ampang KL

Sejak meninggalkan Taman Kosas Ampang, kira-kira 15 tahun yang lepas, jarang sangat singgah di mana-mana kawasan Ampang. Tetapi, beberapa minggu lepas, akhirnya singgah juga di satu restoran Mamak untuk memenuhi undangan boss besar MyHartanah.my. Pertama kali juga saya singgah untuk makan tengahari di Restoran Hameediyah Bistro Nasi Kandar Ampang KL.

Restoran Nasi Kandar yang terbesar di Ampang ini, boleh dikatakan agak baru di kawasan ini, terletak di belakan bangunan Hospital Puteri Ampang dan juga Petronas Ampang Jaya dan juga kawasan gerai-gerai makanan yang terkenal di pekan Ampang.

Baca : Review Makan oleh Food Blogger Malaysia 🙂

Restoran Hameediyah Bistro Nasi Kandar Ampang KL

hameediyah bistro nasi kandar ampang kl 01 copy

hameediyah bistro nasi kandar ampang kl 03
Kari Kepala Ikan di Restoran Hameediyah Bistro Nasi Kandar Ampang KL

Nama restoran ni antara restoran nasi kandar yang viral juga di Malaysia. Ini kerana, katanya ia adalah restoran Nasi Kandar tersedap dan tertua Di Malaysia. Mengikut fakta mereka, ia telah diusahakan sejak tahun 1907 lagi. Dan kini, restoran nasi kandar yang terkenal ini telah dibuka di Ampang KL.

Kalau nasi kandar, yang pasti ia terkenal dengan menu ayam, kari kepala ikan, kambing, gulau udang, sotong goreng, telur, beberapa jenis sayur dan banyak lagi.

hameediyah bistro nasi kandar ampang kl 01 1

hameediyah bistro nasi kandar ampang kl 04
Lauk Ayam dan Sotong Goreng Kari Kepala Ikan di Restoran Hameediyah Bistro Nasi Kandar Ampang KL

hameediyah bistro nasi kandar ampang kl 05

Untuk kali ini, kami mencuba 4 kari kepala ikan, 8 ayam goreng, 4 ekor sotong, telur, papadom dan beberapa jenis sayur.

Rasa untuk menu kat sini, Restoran Hameediyah Bistro Nasi Kandar Ampang biasa-biasa sahaja. Mungkin bukan sebab saya peminat Nasi Kandar sejati. Kari Kepala Ikan yang dihidang biasa, ayam goreng ada rasa sedikit sedap dan fresh, sotong goreng biasa, dan sayur rasanya boleh tahan.

Untuk servis, ia boleh dipertingkatkan lagi. Mungkin kerana ia restoran yang agak besar, kualiti servis di sini cuma sederhana sahaja, tahap boleh la. Sesetengah servis di restoran Mamak lain, biasanya diluar jangkaan memandangkan kami menempah makanan dengan kuantiti yang agak banyak dan untuk satu group yang besar.

restoran hameediyah ampang
Menu di Restoran Hameediyah Ampang

Ini pertama kali saya singgah sini. InsyaAllah, kalau ada rezeki, nak cuba lagi dan lihat kualiti makanan lain dan juga servis di kemudian hari.

Ruang parkir agak luas dan keadaan meja dan suasana agak selesa. Harga makanan mungkin agak mahal berbanding restoran lain.

Antara menu terbaru mereka Cheesy Cheese Murtabak. Mungkin kalau anda peminat murtabak atau roti boleh la cuba. Layari fanpage mereka di Restoran Hameediyah Ampang KL.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.