GShock MurahMencari G-Shock Original? Klik GShock-Malaysia.com

Ciri Ciri Terbaik Samsung Galaxy Note 10 dan Galaxy Note 10 Plus

Ciri-Ciri Terbaik Samsung Galaxy Note 10 dan Galaxy Note 10 Plus kini sedang hangat diperkatakan oleh ramai peminat telefon Samsung, khususnya pengguna Android. Ini kerana pelancaran Samsung Note 10 dan Note 10+ memberikan satu lagi pilihan terbaik untuk semua peminat telefon Samsung di Malaysia.

Untuk sementara, saya nak kongsi 10 Ciri-Ciri Terbaik Samsung Galaxy Note 10 dan Note 10 Plus berdasarkan kegunaan yang selalu diambil kira oleh pengguna-pengguna smartphone. Ia termasuk kehebatan S Pen untuk model Galaxy Note.

Ciri Ciri Terbaik Samsung Galaxy Note 10 dan Galaxy Note 10 Plus

ciri ciri terbaik samsung galaxy note 01 copy

ciri ciri terbaik samsung galaxy note 02
Ciri-ciri Terbaik Samsung Galaxy Note 10 dan Note 10+

Ciri utama yang menjadikan Galaxy Note 10 ini patut menjadi pilihan ialah dengan paparan skrin yang cukup jelas. Model Galaxy Note10 mempunyai saiz 6.3″ dan Note10+ punyai paparan 6.8″. Ia datang dengan fungsi Cinematic Infinity Display, untuk paparan video yang lebih unggul.

Dengan fungsi Dynamic AMOLED Display, HDR10+ 100% Mobile Color Volume dan dengan paparan Eye Comfort, membuatkan mata lebih selamat. Ketahanan Galaxy Note10 dan Note10+ lebih kuat dengan Gorilla Glass 6 untuk cermin hadapan dan cermin belakang. Wow!!!

Selain itu, ia mmepunyai Premium Hole Display dengan UL verified. Rekaan ini datang dengan hanya seberat 196 gram dengan ketebalan cuma 7.9mm. Ia membuatkan telefon pintar Note10 dan Note10+ ini lebih ringan.

ciri ciri terbaik samsung galaxy note 03 copy

ciri ciri terbaik samsung galaxy note 04 copy

ciri ciri terbaik samsung galaxy note 05 copy

ciri ciri terbaik samsung galaxy note 06
Perbandingan Saiz Galaxy Note

ciri ciri terbaik samsung galaxy note 07

ciri ciri terbaik samsung galaxy note 08
Pengecasan Untuk Smart Watch Samsung
ciri ciri terbaik samsung galaxy note 10
Kamera Galaxy Note10

Manakala S Pen yang terkenal dengan Galaxy Note kini dipertingkatkan, dengan teknologi lebih maju. Ia termasuk dengan saiz 10.5cm dengan berat hanya 3.04 gram. Bateri S Pen boleh bertahan sehingga 10 jam pada sekali charge penuh.

Ditambah dengan kehabatan Air Action untuk punyai kawalan yang lebih tepat dan juga fungsi ‘Screen Off Memo’.

Untuk yang suka menulis, S Pen akan memindahkan tulisan kepada format MS Word, PDF dan beberapa format berkaitan jika perlu.

Sumber : https://news.samsung.com/my/video-hands-on-with-the-galaxy-note10

Secara peribadi, rekaan untuk Note10 dan Note10+ ini nampak lebih premium dan sangat menarik. Binaan yang lebih teguh dengan fungsi yang semestinya lebih baik dari Galalxt Note9.

Untuk kamera ia datang dengan kualiti kamera yang berbeza. Boleh semak jadual di bawah :

spesifikasi galaxy note10 dan note10
Spesifikasi Galaxy Note10 dan Note10+

Sebagai pengguna Samsung, agak terkilan kerana kualiti kamera Samsung Galaxy Note10 dan Note10+ masih lagi berada dibawah paras 20MP. Sepatutnya, ia sudah melepasi kualiti 24MP sekurang-kurangnya untuk menandingi pesaing-pesaing lain seperti Huawei, Vivo dan lain-lain.

Harga Samsung Galaxy Note 10 dijangka dijual dengan harga RM3,699 dan Samsung Galaxy Note 10 Plus dengan harga RM4,199.

Baca : MrJocko dan Smartphone Samsung

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.