GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Tempat Borong Barang Mainan Di Guangzhou

Khas buat mereka yang meniaga mainan, toys atau produk yang berkait rapat dengan kanak-kanak, di sekitar Beijing Lu (Beijing Road), ada Tempat Borong Barang Mainan Di Guangzhou yang boleh anda beli dengan harga yang sangat murah. Produk mainan ini mungkin antara produk yang dicari ramai peniaga kerana di sini ada banyak pilihan.

Kalau mengikut apa yang saya lihat, di kawasan ini ada menjual produk mainan seperti mainan action figures, anak patung, permainan minda, mainan elektrik, kereta plastik dan banyak lagi, termasuk beberapa kedai menjual pakaian kanak-kanak.

Tempat Borong Barang Mainan Di Guangzhou

Tempat Borong Barang Mainan Di Guangzhou 00 copy

Tempat Borong Barang Mainan Di Guangzhou 01
Tempat Borong Barang Mainan Di Guangzhou

Walaupun lokasi menjual barangan mainan ini bukan sebesar Yide Lu (Yide Road), tetapi ia punyai pilihan yang agak banyak. Mungkin ia boleh menjadi pilihan lain untuk peniaga atau pemborong membeli barangan mereka selain di pusat mebeli belah Yide Lu Guangzhou.

Tempat ini menjual barangan mainan dengan harga borong. Ada kedai menjual borong dalam kuantiti yang kecil seperti 6pcs dan ada yang menetapkan minima pembelian sehingga 12pcs.

Tempat Borong Barang Mainan Di Guangzhou 03

Tempat Borong Barang Mainan Di Guangzhou 04

Tempat Borong Barang Mainan Di Guangzhou 05

Tempat Borong Mainan Di Beijung Lu Guangzhou 03

Apa yang saya perasan, di tempat borong barang mainan di Beijing Lu ini mempunyai kedai yang banyak termasuk kedai-kedai di dalam bangunan. Harga yang ditawarkan juga tidak jauh beza dari kedai-kedai borong permainan di Yide Lu.

Cuma, lokasi ini tidak punyai pilihan yang banyak seperti Yide Lu. Namun, jika anda nak cari, mereka pun boleh menyediakan pelbagai jenis barangan permainan dengan harga borong.

Kalau nak tahu, apa lagi tempat borang paling popular di Guangzhou, boleh baca di entry saya sebelum ini. Ada 5 tempat membeli belah menarik yang wajib anda singgah kalau ke Guangzhou. Sediakan duit banyak-banyak dan anda mungkin akan berpuas hati dengan harga yang ditawarkan.

Apa yang saya suka dengan Beijing Lu ini, ia dekat dengan tarikan malam, street activity. Jadi, kalau datang shopping di sini, tak perlu pergi jauh. Dari pagi hingga malam, ia akan menawarkan pelbagai tarikan kepada semua.

Tak perlu jalan jauh, barangan untuk dibeli dekat sahaja dengan tarikan destinasi pelancongan di Guangzhou.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.