GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Thailand Lanjutkan Pengecualian Bayaran Visa Pelancong

Thailand Lanjutkan Pengecualian Bayaran Visa Pelancong sehingga April tahun depan sebagai satu langkah untuk mempromosikan produk pelancongan mereka. Sebelum ini, ada bayaran yuran bagi visa pada ketibaan yang dikeluarkan kepada pelancong dari 18 negara. Pengecualian Visa ini adalah untuk merangsang pertumbuhan pelancongan dalam keadaan ekonomi yang perlahan.

Pengecualian bayaran yuran Visa Pelancong di Thailand ini adalah sebahagian daripada pakej rangsangan bernilai USD$10 bilion untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi Thailand.

“Kabinet meluluskan pelepasan yuran sehingga April 2020,” Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha memberitahu wartawan, sambil menambah bahawa skim ini akan merangkumi Tahun Baru Lunar dan tahun baru Thailand, Songkran pada tahun hadapan.

Baca : Malaysia dan Tourism Malaysia

Thailand Lanjutkan Pengecualian Bayaran Visa Pelancong

Thailand Lanjutkan Pengecualian Bayaran Visa Pelancong 01 copy

Thailand Lanjutkan Pengecualian Bayaran Visa Pelancong 2

Untuk info, bayaran yuran sebanyak THB2000 baht (MYR270) akan diketepikan sehingga tahun depan untuk pelancong dari 18 buah negara, termasuk China dan India.

Namun, kabinet Thailand menolak cadangan untuk kemasukan Visa Percuma untuk pelawat dari China dan India, kerana faktor keselamatan.

Negara kita Malaysia, mungkin boleh mengambil inisiatif yang sama untuk menggalakkan kedatangan pelancong asing ke sini. Sesetengah pelancong asing pasti akan tertarik jika dalam satu-satu tempoh kerajaan kita memansuhkan sementara bayaran Visa Kemasukkan Pelancong ke Malaysia.

Sedikit sebanyak ia akan memacu pertambahan kedatangan pelacong asing ke Malaysia.

Namun, pilihan yang baik perlu kerana dengan memberikan Pengecualian Visa Sementara kepada pelancong asing pasti akan memberikan impak yang baik kepada sektor pelancongan negara.

Kedatangan pelancong yang berkualiti pasti akan memberikan pendapatan yang lebih kepada mereka yang berkerja dalam sektor pelancongan termasuk dalam memberikan pulangan Hasil Cukai Kerajaan yang lebih banyak hasil dari kegiatan pelancongan di dalam Malaysia.

Kebiasaannya, hasil dari cukai pelancongan ini, patut disalurkan kembali kepada penyediaan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelancong di Malaysia.

Thailand Lanjutkan Pengecualian Bayaran Visa Pelancong 3
Thailand Lanjutkan Pengecualian Bayaran Visa Pelancong

Thailand Lanjutkan Pengecualian Bayaran Visa Pelancong 4

Sebab, bila servis kita bagus, pelancong akan gembira dan mungkin akan datang lagi ke Malaysia, menerokai destinasi lain, termasuk ke Sabah dan Sarawak di Borneo.

Tidak cukup dengan pengecualian Visa Pelancong sahaja, promosi yang lebih berkesan penting, untuk menarik pasaran pelancong yang masih belum ditembusi.

Di kalangan Asia, kita ketinggalan sedikit berbanding Jepun, Korea, Thailand, Taiwan, Indonesia dan juga Vietnam.

Layari Tourism Malaysia untuk maklumat tentang Pelancongan Malaysia.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.