GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Aktiviti Riadah Mendaki Taman Eco Rimba KL

Tengah kesibukan kota, dibawah kaki Menara KL (KL Tower) ada hutan semulajadi yang dipelihara untuk rakyat Kuala Lumpur. Untuk melihat sendiri, saya dan keluarga turut sama dalam Aktiviti Riadah Mendaki Taman Eco Rimba KL pada hujung minggu lepas. Ia satu yang baru untuk kami dalam usaha untuk menjadi warga yang ‘Fit Malaysia’ dan sihat.

Bagi yang belum tahun bagaimana untuk ke Taman Eco Rimba KL, anda boleh terus menghala mengikut peta Google Maps ke lokasi Menara KL di Bukit Nanas. Atau, ambil jalan dibelakang dan berhenti di pintu belakang Taman Eco Rimba KL di perkarangan Sekolah Convent (2) Bukit Nanas, Kuala Lumpur. Kalau hari Ahad atau Cuti Umum, ada beberapa parkir di kawasan ini adalah PERCUMA.

Aktiviti Riadah Mendaki Taman Eco Rimba KL

< ?strong>

taman eco rimba kuala lumpur 01 copy

taman eco rimba kuala lumpur 02
Peta Taman Eco Rimba KL

Kempen Fit Malaysia

Mereka yang bercadang untuk mendaki Bukit Nanas, Taman Eco Rimba KL ini boleh la bersedia untuk cabar diri anda. Ia satu trek laluan berbukit yang sangat mudah. Ia mungkin dikategorikan sebagai Level 1, kerana ia tidak lah mempunyai laluan trek yang sukar, merbahaya ataupun boleh menyesatkan.

Andai anda masuk melalui kaki Menara KL, anda akan masuk melalui pintu utama (main entrance) Taman Eco Rimba KL #TERKL dan ada 2 laluan setakat ini untuk anda pilih. Laluan permulaan jambatan gantung dan juga laluan jalan ber’TAR’.

Untuk laluan jambatan gantung, ia ditutup buat sementara waktu. Namun, untuk laluan ber’TAR’ ia dibuka kepada semua.

taman eco rimba kuala lumpur 03

taman eco rimba kuala lumpur 04taman eco rimba kuala lumpur 06

Sebagai pelari, pendaki beginner, trek laluan di Taman Eco Rimba KL ni sesuai untuk peringkat umur. Tak kira siapa anda, ia memang berbaloi untuk anda teroka. Dengan beberapa laluan mudah ia membawa anda masuk ke dalam Bukit Nanas Kuala Lumpur, yang mana ia menyimpan banyak lagi khazaha flora dan fauna di tengah-tengah kota Kuala Lumpur.

Bukan sahaja warga Kuala Lumpur, lokasi ini juga menjadi tumpuan pelancong asing dan beberapa aktiviti riadah lain, bersesuaian dengan tempat ini.

Tamana Eco Rimba ini dibuka seawal jam 7.00 pagi setiap pagi dan akan ditutup pada jam 6.00 petang, setiap hari melainkan ia mempunyai acara tertentu dan juga aktiviti dari pihak pengurusan.

Maklumat lanjut tentang Taman Eco Rimba Kuala Lumpur boleh anda dapati di laman web ini TERKL.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.