GShock MurahMencari G-Shock Original? Klik GShock-Malaysia.com

Gerai Cendol Durian Runtuh Chow Kit Kampung Baru

Kaki Makan pasti pernah singgah di sini. Gerai Cendol Durian Runtuh Chow Kit Kampung Baru, terletak di Jalan Raja Bot, bersebelahan dengan Pasar Chow Kit. Senang sahaja nak cari gerai ni, kerana ia berada di tepi laluan utama kalau anda memasuki Pasar Chow Kit. Di sini ada menghidangkan menu Cendol Biasa dan juga Cendol Durian Runtuh Chow Kit yang terkenal.

Kalau datang dengan motorsikal atau teksi/grab, senang sahaja. Tapi, kalau anda datang dengan memandu kereta, terpaksa parkir kereta jauh dari gerai ni kerana ia satu kawasan yang agak sempit dan terhad dengan ruang parkir.

Baca : MrJocko dan Makan Makan

Gerai Cendol Durian Runtuh Chow Kit Kampung Baru

strong>

gerai cendol durian runtuh chow kit 01 copy

gerai cendol durian runtuh chow kit 02
Gerai Cendol Durian Runtuh Chow Kit

Untuk lebih memudahkan anda navigasi ke lokasi Gerai Durian Runtuh Chow Kit ini, guna alamat ini : No. 57, Lorong Raja Bot, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Gerai ini dibuka seawal jam 3.00 petang hingga ke jam 3.00 pagi. Bukan sahaja cendol, ia juga menyediakan menu lain seperti Bakso dan Nasi Ayam Penyet.

Untuk menu Cendol Durian, ia memang dihidangkan dengan mangkuk sederhana dan puas hati. Tak seperti Cendol Durian di tempat lain, setiap mangkuk akan mempunyai sekitar 4 – 5 ulas durian. Memang banyak. Berbaloi dengan harga sekitar RM15 semangkuk.

gerai cendol durian runtuh chow kit 03
Cendol Durian Sedap

gerai cendol durian runtuh chow kit 04
Ada menu Nasi Ayam Penyet

Harga Cendol biasa sekitar RM6 sahaja. Tapi kalau makan Cendol Durian Kampung, harga sekitar RM13 hingga ke RM17 mengikut harga durian semasa. Kalau nak makan Cndol Durian Musang King pun ada, tetapi harga dia mengikut harga premium Durian Musang King.

Jadi, kalau anda peminat cendol dan peminat cendol durian, boleh la singgah di Cendol Durian Runtuh Chow Kit untuk mencuba sendiri apa yang diviralkan di internet tentang kehebatan Cendol Durian di Kuala Lumpur ini.

Untuk pandangan peribadi, dari segi lokasi, harga dan kualiti makanan di sini memang berbaloi untuk anda semua cuba. Tips untuk makan lebih best, order Cendol biasa, lepas tu beli sebijik durian. Confirm, sangat berbaloi…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.