GShock MurahMencari G-Shock Original? Klik GShock-Malaysia.com

Promosi Murah Matta Fair 2019 Bukit Merah Laketown Resort

Mereka yang mencari satu kelainan untuk pilihan bercuti dalam Malaysia, destinasi Bukit Merah di Perak boleh diletakkan dalam senarai wishlist anda. Ada Promosi Murah Matta Fair 2019 Bukit Merah Laketown Resort, bermula dari 6 hingga 8 September 2019 di PWTC Kuala Lumpur.

Memandangkan Bukit Merah Laketown Resort ada banyak tarikan menarik, ia umpama tempat bercuti setempat, sesuai untuk semua peringkat umur dengan pilihan bajet yang berbaloi untuk anda bayar.

Promosi Murah Matta Fair 2019 Bukit Merah Laketown Resort

promosi murah matta fair 2019 bukit merah laketown resort

Baca : Tempat Menarik di Perak

Antara promosi menarik kali ini di Matta Fair September 2019 ialah promosi harga Standard Room di Bukit Merah Laketown Hotel dengan hanya RM128 untuk pakej 2 hari 1 malam. Harga ini, termasuk harga bilik, sarapan pagi, waterpark dan pengalaman berkayak untuk 2 orang. Murah kan?

Kalau anda nak lagi menarik, ambil pakej di Kampung Air, bilik Seri Teratai Suite. Pakej menarik sempena Matta Fair ini hanya RM198 untuk pakej 2 hari 1 malam. Harga ini, termasuk harga bilik, sarapan pagi, waterpark dan pengalaman berkayak untuk 2 orang. Sangat menarik…

promosi murah matta fair 2019 bukit merah laketown resort 02
Promosi Murah Kampung Air RM198 Bukit Merah Laketown Resort
promosi murah matta fair 2019 bukit merah laketown resort 01
Promosi Murah Waterpark RM25 Bukit Merah Laketown Resort

Kalau tak nak bermalam di Bukit Merah Laketown Resort tak jadi masalah. Ada pakej promosi, tiket masuk ke Waterpark Bukit Merah Laketown Resort hanya dengan harga RM25 sahaja. Harga biasa untuk pakej masuk ke waterpark ialah RM40 seorang untuk dewasa.

Pakej-pakej di atas sah dibeli ketika promosi Matta Fair September 2019 dan ia boleh diguna pakai sehingga tarikh 30 March 2020.

Secara peribadi, lokasi percutian di Bukit Merah Laketown Resort antara destinasi pilihan ramai di Malaysia. Tambah lagi, untuk mereka di Kuala Lumpur, ia tidak lah jauh mana kalau nak dibandingkan dengan lokasi lain.

Lagipun, kemudahan akses jaringan jalan raya dan kemudahan lain sangat berbaloi untuk mereka bayar demi pengalaman percutian bersama keluarga dan kawan-kawan.

Dapatkan informasi pakej percutian murah Bukit Merah Laketown Resort di sini https://www.facebook.com/BMLaketownResort/.

Hubungi talian Bukit Merah Laketown Resort di +605-8908888 atau layari laman Facebook dan laman web www.BukitMerahResort.com.my.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.