GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Aktiviti Snorkeling Best Di Pulau Tioman Wajib Singgah

Paling popular di Pulau Tioman adalah keindahan lautnya yang jernih dan penuh dengan Batu Karang dan hidupan laut. Antaranya, Aktiviti Snorkeling Best Di Pulau Tioman Wajib Singgah di sekitar Pulau Renggis, lokasi terkenal berdekatan dengan Kampung Tekek. Ia bagaikan ‘signature spot destination’ bagi Tioman Island.

Last snorkeling di Pulau Renggis, sekitar tahun 2014. Mana-mana operator dan travel tour pasti akan mencadangkan anda untuk mandi dan snorkeling disekitar Pulau Renggis untuk mendapatkan gambaran terbaik ikan-ikan bermain di Batu Karang sekitar Pulau Tioman. Lagipun, ia antara tempat snorkeling paling selamat di sini.

Aktiviti Snorkeling Best Di Pulau Tioman Wajib Singgah

aktiviti snorkeling best di pulau tioman 10 copy

aktiviti snorkeling best di pulau tioman 02
Menaiki Bot ke Pulau Renggis

Kebiasaan pakej Snorkeling di Pulau Renggis dan sekitar Pulau Tioman ini termasuk dalam pakej bilik yang dijual kepada pelanggan. Sebagai contoh, kalau di 1108 Tekek Tioman Island, pakej RM298 untuk 3 Hari 2 Malam, sudah termasuk dengan pakej Snorkeling di Pulau Renggis, termasuk bot, life jacket dan masks.

aktiviti snorkeling best di pulau tioman 01

aktiviti snorkeling best di pulau tioman 03
Snorkeling di Pulau Renggis

aktiviti snorkeling best di pulau tioman 04

aktiviti snorkeling best di pulau tioman 05
Coral di Pulau Renggis

Kelebihan Pulau Tioman, tak perlu nak pergi jauh untuk tengok ribuan ikan-ikan macam ni. Persisir pantai pun berlambak… Tourism Malaysia Wilayah Timur – Pahang#TourismMalaysia #TourismMalaysiaWilayahTimur #BeyondKL #VM2020 #VisitMalaysia2020 #TiomanVM2020 #TiomanMalaysia #LensLibrary #CanonEOSR #TravelBlogger #LifeAsMrJocko

Posted by MrJocko on Isnin, 7 Oktober 2019

Memandangkan di sini ada banyak kumpulan ikan-ikan pelbagai jenis dan kadang-kadang ada penyu melintas, ia antara destinasi kesukaan tour guide dan boatman membawa pelanggan mereka yang nak rasa pengalaman snorkeling di Pulau Tioman.

Klau nak tahu mana lagi tempat snorkeling menarik di Pahang, layari laman Web Rasmi Tourism Pahang.

Kalau belum ke sini, pastikan anda request untuk snorkeling di Pulau Renggis dahulu sebelum ke lokasi snorkeling lain di Pulau Tioman.

Oh ya, jangan lupa kalau nak ke sini, sebaiknya sediakan makanan ikan terlebih dahulu untuk menarik lebih ramai ikan-ikan kecil dan besar ketika anda snorkeling. Kalau tak dapat makanan ikan, roti pun boleh. Jenis ikan laut seperti ini memang tidak memilih makanan.

Paling penting, untuk informasi semua, kawasan persisir Pulau Tioman adalah kawasan yang dikatakan sebahagian dari kawasan yang dilindungi untuk tujuan pemuliharaan batu karang (coral) dan juga pembiakan ikan-ikan di sekitar kawasan ini.

Oleh itu, sebaiknya buatlah aktiviti snorkeling dan selam scuba mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Jangan rosakkan batu karang, memancing dikawasan ini dan menangkap ikan.

Pastinya, untuk mereka yang belum pernah sampai di Pulau Tioman, rancang percutian anda di sini. Berbaloi bossku… #PulauTioman #TourismMalaysia

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.