GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Intipati Belanjawan 2020 Tourism Malaysia Dapat RM1.1 Billion

Mungkin ada yang baru sahaja mendengar tentang pembentangan Bajet 2020 (Belanjawan 2020) oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng di Parlimen. Saya cuma nak kongsi secara ringkas, sedikit Intipati Belanjawan 2020 Tourism Malaysia Dapat RM1.1 Billion. Jumlah nilai yang nampaknya banyak untuk sektor pelancongan di Malaysia.

Dana sebanyak RM1.1 Billion ini adalah ntuk pihak MOTAC, Ministry of Tourism and Culture sebenarnya. Dan, ia pasti akan mengalir ke jabatan-jabatan dan syarikat berkaitan dengan pelancongan di Malaysia.

Baca : MrJocko dan Berita MalaysiaKu

Intipati Belanjawan 2020 Tourism Malaysia Dapat RM1.1 Billion

belanjawan 2020 tourism malaysia 01

Sebagai blogger Malaysia dan agak rapat dengan aktiviti mempromosikan produk pelancongan di Malaysia, ia satu dana yang boleh membantu pihak berkaitan dalam membina banyak produk pelancongan baru di Malaysia, jika kena dengan caranya.

Sudah pasti dengan dana seperti ini, pihak berwajib perlu plan yang betul strategik supaya dana yang diterima disalurkan kepada saluran yang betul, yang boleh memberi kembali keuntungan kepada negara khususnya kutipan Cukai Pelancongan yang Kerajaan dapat dari aktiviti pelancongan ini.

Screenshot 2019 10 11 at 4.55.34 PM
Lim Guan Eng Belanjawan 2020

Dalam pembentangan yang sama, Kerajaan Negeri turut akan menerima Hasil sebanyak 50% dari pendapatan yang diterima kerajaan, untuk digunakan sebagai dana mempromosikan lagi produk pelancongan setiap negeri.

Secara peribadi, dalam tempoh 10 tahun yang lepas, kita di Malaysia tidak mempunyai banyak produk baru yang boleh dibanggakan, melainkan beberapa bangunan baru dan juga hotel baru. Tetapi, untuk tarikan pelancongan yang baru, agak perlahan dan jauh ketinggalan berbanding negara Indonesia, Thailand, Vietnam dan negara Asean yang lain.

Diharapkan, dengan dana yang akan diberikan, pihak MOTAC akan berbelanja secara berhemah, lebih bijak dan lebih futuristik. Ini kerana, kita di Asean, rasanya tertinggal di belakang beberapa negara jiran.

Tahap kualiti perkhidmatan kita secara keseluruhan, berada di tahap biasa-biasa sahaja. Kualiti produk pelancongan kita, tidak banyak berbeza berbanding 5 tahun yang lepas dan harga bilik penginapan di Malaysia, rasanya lebih mahal berbanding negara Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Sekali lagi, saya sebagai salah seorang Blogger Malaysia dan juga Travel Blogger Malaysia berharap, lebih banyak produk pelancongan baru dipromosikan dengan kerjasama rakyat Malaysia yang terlibat dalam industri pelancongan ini. Serampang dua mata yang membolehkan dana tersebut dapat disalurkan kepada insentif kepada pengusaha produk pelancongan di Malaysia, dalam usaha untuk mencipta lebih banyak produk pelancongan bermutu tinggi bagi menarik lebih ramai pelancong dalam negara atau luar negara berkunjung ke Malaysia.

Untuk informasi tentang Pelancongan Malaysia, layari Tourism Malaysia.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.