GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Media Trip Labuan Bersama Blog Popular Melayu

Selesai sudah perjalanan kami bersama dengan Media Trip Labuan Bersama Blog Popular Melayu di Malaysia, termasuk seorang blogger berbahasa Inggeris dan Youtuber terkenal dari Sabah. Media Trip Labuan bersama blogger Melayu hebat ini berlangsung selama 4 hari 3 malam dari 27 – 30 September 2019.

Trip yang dibawakan khas oleh Perbadanan Labuan (Labuan Corporation) dengan sokongan Labuan Tourism dan juga Tourism Malaysia membawakan ramai blogger Melayu dan Youtuber untuk meneroka tempat menarik di Labuan di samping mempromosikan Borneo Arts Festival 2019 yang diadakan di Ujana Kewangan Labuan.

Bersama Blog Popular Melayu

blog melayu popular malaysia media trip labuan 01 copy

blog melayu popular malaysia media trip labuan 02
Blog Melayu Popular Malaysia

Rezeki MrJocko kali ini, sebagai Travel Blogger Malaysia, berpeluang berkerja bersama-sama dengan ramai blogger Melayu hebat seperti www.libur.com.my, www.rileklah.com, faizalfredley.com, arylje.com. sizzlingsuzai.com, buzzingmalaysia.com, fuadtravel.com dan juga Youtuber dari Sabah Patrick Anohada.

Bermula dengan destinasi pertama di Homestay Kampung Patau-Patau, kami dibawa ke Perusahaan Ikan Bilis di Kampung Bebuluh Laut. Kemudian melalui Pantai Batu Manikar seterusnya hingga ke Pantai Damai, tapak dimana pihak Jepun menyerah kalah ketika World War II.

Baca : Cerita MrJocko dan juga Blogger Terbaik Malaysia

Nota Kaki : Kamera dan Lensa untuk trip ini ditaja oleh Lens Library

blog melayu popular malaysia media trip labuan 03
Blog Melayu Popular Malaysia

blog melayu popular malaysia media trip labuan 04

Hari pertama kami menginap di Palm Beach Resort, antara resort mewah di Labuan. Makan malam kami di Mr Crab Seafood and Steamboat Labuan. Syurga makanan laut terbaik di Labuan.

Hari kedua, kami teruskan meneroka Pulau Rusukan Besar, kembali ke Muzium Labuan dan singgah sebentar di Borneo Arts Festival di Ujana Kewangan Labuan. Makan malam kami, kami merasai majlis sambutan untuk media di Dorsett Labuan dengan kehadiran CEO Labuan Corporation iaitu Dr Fary dan juga wakil dari Labuan Tourism.

Hari ketiga, kami teruskan perjalanan meneroka Chimney Labuan, Gedung Ubat, Taman Burung Labuan dan juga Perusahaan Minyak Kelapa Dara (Virgin Coconut Oil) di Labuan. Dinner malam tersebut, kami ke Mawilla Yatch Restaurant Labuan. Terbaik la menu seafood kat sini.

Malam, kami turut sama dalam Malam Apresiasi Borneo Arts Festival 2019. Dengan pelbagai persembahan Final, termasuk pertandingan Tingkah Geruh dan juga penyampaian hadiah, majlis sangat-sangat gemuruh dengan kehadiran penyokong dan peserta yang paling ramai sejak Borneo Arts Festival diadakan.

blog melayu popular malaysia media trip labuan 05

Terima Kasih Perbadanan Labuan dan juga Tourism Malaysia atas pengalaman bersama-sama Blogger Melayu Terbaik dan Bersama Blog Popular Melayu di Malaysia. Peluang belajar dengan geng-geng YouTuber hebat dari Sabahan.

InsyaAllah, ada rezeki, kita jumpa lagi.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.