GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Pantai Batu Manikar Wilayah Persekutuan Labuan Menang Award

Mungkin ramai belum tahun bahawa, Pantai Batu Manikar Wilayah Persekutuan Labuan pernah Menang Award pada tahun 2008. Sepanjang pantai di sebelah pantai barat pulau Labuan ini dikatakan antara destinasi santai saban minggu warga Labuan, samada untuk mandi laut, lepak santai atau riadah bersama keluarga dan kawan-kawan.

Untuk info semua rakyat Malaysia khususnya, keindahan Pantai Pancur Hitam, Batu Manikar dan Pantai Layang-Layangan di Pulau Labuan ini telah memenangi anugerah pantai bersih COBSEA dari UNESCO pada tahun 2008. Ia satu pencapaian yang patut kita banggakan.

Baca : Tempat Makan Menu Ketam Buttermilk di Labuan

Nota Kaki : Kamera dan Lensa untuk trip ini ditaja oleh Lens Library

Pantai Batu Manikar Wilayah Persekutuan Labuan Menang Award

Pantai Batu Manikar Wilayah Persekutuan Labuan 01 copy

Pantai Batu Manikar Wilayah Persekutuan Labuan 02
Media FAM Trip bersama Blogger Popular Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan

Memandangkan Labuan sebuah pulau, banyak lokasi pantai yang cantik di sini, tetapi belum dipromosikan oleh sesiapa pun. Namun, antara yang popular ialah Pantai Batu Manikar, Pantai Pancur Hitam, Pantai Layang-Layangan, Pantai Tanjung Aru, Palm Beach Labuan dan banyak lagi termasuk Pantai Pulau Rusukan Besar dan Pantai Pulau Kuraman.

Ambil masa selama beberapa hari di Labuan, pasti banyak lokasi yang cantik boleh anda teroka di sini. Bukan setakat Pantai, malah ada banyak lokasi laut yang menarik di sini.

Pantai Batu Manikar Wilayah Persekutuan Labuan 03

Pantai Batu Manikar Wilayah Persekutuan Labuan 04
Sunset di Pantai Batu Manikar

Sepanjang laluan pantai ini, termasuk Pantai Batu Manikar, ada banyak tempat inapan dan juga kedai kedai makan yang menyajikan menu berbaloi untuk anda cuba.

Paling popular pastinya menu Seafood. Banyak kedai makanan laut ada di sepanjang pantai ini sehingga ke Palm Beach Labuan. Menyediakan menu seperti Ikan Siakap, Kerapu, Ikan Merah, Ketam, Udang, Sotong dan pelbagai makanan lain, sudah pasti Labuan juga menjadi syurga makanan laut kepada semua.

Kudos kepada team yang berkaitan dengan Promosi Pelancongan di Labuan, termasuk Labuan Corporation, Tourism Malaysia dan juga MOTAC yang terus menerus mempromosikan produk pelancongan di Labuan untuk menarik pelancong dalam dan juga luar Malaysia ke sana.

Ikuti destinasi menarik di Labuan dengan hashtag #VM2020 #VisitMalaysia2020 #TourismMalaysia #MalaysiaTrulyAsia #CutiCutiMalaysia #BorneoArtsFestival #MyLabuanStory #LabuanTourism #MalaysiaAirlines #MalaysianHospitality dan #MASwingsmates.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.