GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Pengalaman Naik 4X4 Kampung Tekek Ke Kampung Juara

Pulau Tioman mempunyai keluasan sebesar 136 kmĀ². Dikelilingi ‘coral’ yang cantik dan banyak spot snorkeling dan selam skuba yang menarik. Namun, antara satu kelemahannya, tiada jaringan jalanraya yang menghubung kampung ke kampung. Cuma, sehingga hari ini, ada satu jalan sahaja dari Tekek ke Juara. Ini Pengalaman Naik 4X4 Kampung Tekek Ke Kampung Juara yang sejauh 8 km dengan masa selama 20 minit.

Ya, bayangkan dari satu kampung ke kampung lain, penduduk terpaksa menggunakan ‘Teksi Bot’ atau pun bot sendiri untuk menjalankan aktiviti mereka. Pergerakkan agak terbatas, paling jauh, jalan di sini adalah dari Kampung Tekek ke Kampung Juara dengan sambungan jalan beralaskan simen.

Pengalaman Naik 4X4 Kampung Tekek Ke Kampung Juara

Pengalaman Naik 4x4 Kampung Tekek Ke Kampung Juara 03

Untuk lihat pengalaman kami merentas bukit bukau di Pulau Tioman dari Tekek ke Juara, boleh lihat di pautan ini. Facebook MrJocko Tekek ke Juara Pulau Tioman.

Pengalaman 4×4 dari Tekek menuju Kampung Juara Pulau Tioman

Pengalaman 4×4 dari Tekek menuju Kampung Juara Pulau Tioman#PulauTioman #TourismMalaysia #TravelBlogger #LifeAsMrJocko

Posted by MrJocko on Jumaat, 18 Oktober 2019

Peta Pulau Tioman

jalan kampung tekek ke kampung juara pulau tioman
Jalan Kampung Tekek ke Kampung Juara

Perjalanan kami sebenarnya dari Berjaya Tioman Resort. Seawal pagi, sekitar jam 10.00 pagi kami check out dari resort ini dan menuju ke The Barat Tioman yang terletak di Pantai Kampung Juara. Jauhnya, sekitar 8 km sahaja. Tetapi disebabkan bentuk muka bumi yang berbatu dan pulau, kami terpaksa merentas bukit bukau di sini.

Tiada kenderaan yang paling sesuai, melainkan menggunakan kenderaan 4X4 untuk ke sini.

Pengalaman Naik 4x4 Kampung Tekek Ke Kampung Juara 00
Pengalaman Naik 4×4 Kampung Tekek Ke Kampung Juara

Pengalaman Naik 4x4 Kampung Tekek Ke Kampung Juara 01

Pengalaman Naik 4x4 Kampung Tekek Ke Kampung Juara 02
Laluan Jalan Simen

Pengalaman Naik 4x4 Kampung Tekek Ke Kampung Juara 04

Pengalaman Naik 4x4 Kampung Tekek Ke Kampung Juara 06
Bila Kenderaan Selisih, Kena Bertolak Ansur.
Pengalaman Naik 4x4 Kampung Tekek Ke Kampung Juara 07
Kampung Juara

Baca : Cara untuk ke Pulau Tioman dari Jeti Tanjung Gemok

Untuk informasi, pantai Kampung Juara ini menghadap laut lepas, Laut China Selatan. Ia kawasan yang agak berteluk dan selamat untuk aktiviti air. Ada banyak resort dan chalet di sini boleh anda sewa dan menginap. Antara yang paling terbaik ialah di The Barat Tioman.

Kawasan pantai di hujung pantai Kampung Juara ini juga ada Pusat Pemuliharaan Penyu. Mungkin, ini satu lagi tarikan pengunjung kalau nak datang ke Kampung Juara Tioman.

Untuk servis kenderaan 4X4 dari Kampung Tekek ke Kampung Juara harga tambang 4X4 sekitar RM20 seorang untuk sehala. Tak kira anda menginap di kawasan mana, InsyaAllah mereka akan hantar hingga ke Lobi Resort, Chalet atau Hotel.

Berminat untuk bermalam di Kampung Juara, saya nak syorkan anda cuba The Barat Tioman.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.