Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Bagaimana Teknik Penulisan SEO Dan Keyword Terbaik

Sekiranya anda seorang Blogger tegar dan memang mementingkan cara penulisan SEO yang baik dalam penulisan blog anda, sudah pasti anda akan mencuba mencari jawapan untuk bagaimana cara penulisan atau teknik penulisan SEO terbaik untuk menarik organik keyword sebanyak mungkin ke blog anda.

Kenapa teknik penulisan SEO penting dalam blog seorang blogger tegar? Ini kerana dengan gaya penulisan teknik penulisan SEO yang bagus dan berkualiti, artikel dan entry anda akan berada di tangga pertama, atau sekurang-kurangnya dalam page pertama carian Google. Bila dah berada di carian page pertama, ia akan mudah dilihat dan anda akan mudah menerima pelawat baru ke laman blog anda.

Baca : Bagaimana Saya Jana RM10000 dengan Blog

 



 

 

 

 

 

Untuk makluman, MrJocko masih menggunakan platform Blogspot dan cuba belajar untuk mempraktikkan beberapa ilmu SEO melalui pembacaan dan nasihat perkongsian rakan-rakan blogger lain yang lebih hebat. Alhamdulillah, bila mencuba bermain dengan beberapa keyword ‘SEO’ di blog MrJocko, beberapa ‘keyword’ di carian Google berada di page pertama. Cuba anda taip carian keyword dibawah di laman web carian Google, seperti :

 

1. bajet terbaik 2014

2. nada alam seri pajam

3. beli dan terbang

4. video brosur

Apa keputusan yang anda dapat…? Boleh kongsi di ruangan komen…

 

 

 

 

Tips Penulisan Blog, Guna SEO dan Keyword

 

Keputusan carian Google tentang carian keyword yang sama seperti (bajet terbaik 2014) di Personal Computer, Laptop, Tablet atau Smartphone kita akan menunjukkan perbezaan, tetapi ia tidak la terlalu ketara. Ada kemungkinan seperti di netbook MrJocko, hasil entry sendiri akan berada di carian Google teratas. Walau bagaimanapun ia tidak mencerminkan keputusan sebenar tentang carian google tersebut kerana mungkin MrJocko masib berada dalam keadaan ‘LOGIN ID GOOGLE’

 

Cara terbaik untuk test carian keyword SEO terbaik ini dengan : 

1. Logout dulu Login akaun Google anda 

2. Clear Cache di Window Explorer, Google Chrome, Firefox atau Opera. 

3. Kemudian cuba Refresh di Desktop

4. Buka Google Chrome dan lakukan carian keyword anda

 

InsyaAllah anda boleh dapat keputusan carian yang hampir tepat.

 

Mengikut pandangan MrJocko sekiranya anda ingin menekankan penggunaan KEYWORD tertentu dalam penulisan blog mereka, perlu memenuhi ciri-ciri seperti :

1. Entry tidak kurang dari 300 patah perkataan.

2. Memilih penggunaan 3 patah perkataan sahaja sebagai ‘keyword’ anda.

3. Menekankan penggunaan keyword seperti ‘bajet terbaik 2014’ dalam perenggan pertama, pendahuluan, perenggan kedua, ketiga dan juga penutup. 

4. Pun begitu, penekanan keyword tersebut kalau boleh jangan melebihi dari 5 kali, atau dengan kata mudah, jangan la banyak sangat, nanti nampak macam ayat berulang-ulang.

5. Kalau anda guna WordPress, lagi banyak widget yang boleh bantu anda untuk boost keyword tersebut.

Tips Penulisan Blog, Guna SEO dan Keyword

Ya bukan senang nak belajar cara Bagaimana Teknik Penulisan SEO Dan Keyword Terbaik. Kalau anda berminat untuk belajar lebih detail dan mendalami ilmu penulisan Blog menggunakan platform WordPress ini, boleh tengok peluang belajar Kelas Junior dan Master WordPress di Akademi Denaihati. Kelas Asas Membina Blog juga akan di anjurkan oleh pihak Blooggers dalam masa yang terhad dengan hanya Yuran Pendaftaran RM48 sahaja. Tunggu makluman selanjutnya di laman Facebook Fanpage BlooggersDotCom

 

Kalau anda blogger, memang di sarankan belajar cara-cara membuat penulisan SEO terbaik untuk kebaikkan blog anda juga di kemudian hari.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.