Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

9 Perkara Boleh Anda Buat Di Kings Park Botanic Garden Perth

Kings Park dan Botanic Garden di Perth adalah salah satu taman dalam bandar yang terbesar dan paling indah di dunia. Ia kaya dengan sejarah Orang asli dan Eropah, gabungan budaya kontemporari dan menawarkan reka bentuk inovatif dan tugu memorial Perang Dunia Kedua. Jika ke sini, MrJocko cadangkan 9 Perkara Boleh Anda Buat Di Kings Park Botanic Garden Perth.

Kings Park dan Botanic Garden adalah lokasi kepada taman botanik yang menakjubkan di Australia Barat, di mana di sini mempunyai lebih 3,000 spesies flora unik. Dua pertiga daripada taman ini, sekitar 400 hektar dilindungi sebagai hutan belukar dan menyediakan syurga bagi kepelbagaian biologi asli. Begitulah hebatnya Australia dalam menjaga flora dan fauna mereka.

Kings Park Botanic Garden Perth

Sebagai informasi, jika anda ke Perth, ada 9 Perkara Yang Boleh Anda Buat Di Kings Park Botanic Garden :

1.  Melihat keindahan Swan River dan Canning River

2. Piknik bersama keluarga

3. Joging sepanjang hari

4. Melawat Tugu Peringatan Perang Dunia Kedua (State War Memorial)

5. Berjalan menyusuri Taman Botanik

6. Wedding Photography

7. Santai Sambil Mandi Cahaya Matahari

8. Nikmati Kopi di Botanical Cafe

9. Melihat cahaya lampu bandar Perth di waktu Malam

Kings Park Botanic Garden Perth Kings Park Botanic Garden Perth

Kings Park Botanic Garden Perth Kings Park Botanic Garden Perth Kings Park Botanic Garden Perth Kings Park Botanic Garden Perth

Kings Park Botanic Garden Perth

Tempat Menarik Di Perth

Kami sampai di Kings Park sekitar jam 11.oo pagi. Memandangkan kami dah bawa tikar, kami singgah untuk Piknik di Kings Park Botanic Garden. Suhu cahaya matahari agak terik, tetapi bila duduk di bawah pokok, ia memang nyaman dengan angin sejuk sekitar 14 ke 18 Darjah Celsius.

Kami singgah untuk makan tengahari. Makan roti, buahan, snacks dan juga jus buah serta air susu yang segar di Australia. Menikmati pemandangan yang memang indah, menghadap Swan River dan juga bandar Perth. memang benar kalau ramai yang kata, Kings Park antara taman terbaik di dunia.

Kemudahan di sini juga memang banyak termasuk tandas, kaunter informasi pelancong, restoran dan cafe serta taman yang luas untuk anda jogging dan beriadah sepanjang hari. Tak perlu tunggu waktu pagi, anda boleh beriadah sepanjang masa di Kings Park Botanic Garden ini.

Kings Park Botanic Garden Perth Kings Park Botanic Garden PerthKings-Park-Botanic-Garden-Perth_12 Kings Park Botanic Garden Perth

Akses ke Kings Park Botanic Garden ni pun sangat mudah. Ia terletak di tengah bandar Perth, boleh di akses dengan bas percuma, teksi atau juga memandu. Sekiranya anda menginap sekitar kawasan ini, berjalan kaki antara pilihan terbaik.

Setiap hari, taman ini memang menjadi tumpuan. Paling ramai sudah pasti pada hujung minggu. Jadi kalau nak singgah sini, sebaiknya rancang awal-awal supaya mudah untuk mencari parkir yang dekat dan mudah akses. Kalau nak lagi mudah, naik bas percuma bandar. Yang ini kena semak sendiri, MrJocko tidak berkesempatan untuk menaiki bas dan tram percuma di Perth.

Kalau ada peluang, singgah di sini dan nikmati waktu malam. View lampu-lampu sekitar memang awesome.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.