Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

10 Fakta Tentang Syarikat Penerbangan Firefly Di Malaysia

Firefly merupakan salah satu syarikat penerbangan di Malaysia yang kini semakin mengorak langkah ke hadapan dengan menyediakan jaringan perjalanan domestik dan antarabangsa yang pertama di Malaysia, beroperasi di luar Pulau Pinang dan Subang hub, menyediakan sambungan ke pelbagai tempat di dalam Malaysia, Selatan Thailand, Singapura dan Sumatera Indonesia, menjajarkan dirinya dengan agenda Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT).

Dilancarkan pada 3 April 2007, Firefly dikendalikan oleh FlyFirefly Sdn Bhd (346606-K) dahulu dikenali sebagai MAS Sdn Bhd, dan merupakan anak syarikat milik penuh Malaysian Airline System Berhad 10601-W.

Baca : Pengalaman Terbang Ke Medan Indonesia Dengan Firefly Malaysia

 


10 Fakta Tentang Syarikat Penerbangan Firefly Di Malaysia

10 Fakta Tentang Syarikat Penerbangan Firefly
Fakta Tentang Syarikat Penerbangan Firefly

Apa Yang Patut Anda Tahu Tentang Firefly?

1. Firely memulakan penerbangan pertama pada 3 April 2007 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ke Kota Bharu.

2. Nama Firefly diambil dari sempena nama Kunang-kunang atau Kelip-kelip yang terkenal seperti di Kuala Selangor dan juga Kuala Sepetang.

3. Firefly beroperasi dari 10 lapangan terbang utama di Malaysia seperti di Pulau Pinang, Subang, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuantan, Alor Setar, Ipoh, Johor Bahru, Langkawi dan Kerteh.

4. Dari Malaysia, Firefly menghubungkan rangkaian penerbangan ke Indonesia (Pekanbaru, Medan, Banda Aceh), Singapura dan Thailand (Koh Samui, Phuket, Krabi).

5. Tambang Firefly adalah termasuk Tiket, Tax, Makanan, Bagasi 20kg dan juga yang berkaitan.

6. Pembelian Tiket Firefly juga melayakkan anda mengumpul mata ENRICH

7. Firefly setakat hari ini mempunyai 3 jenis pesawat jenis ATR 72-500. ATR 72-600 dan Boeing 737-400 keseluruhannya beroperasi sebanyak 35 pesawat.

8. Laman Web Rasmi ialah www.fireflyz.com.my

9. Warna bagi identity syarikat penerbangan Firefly ialah Jingga

10. Syarikat penerbangan Firefly adalah pemenang Putra Brand Awards  “Most Promising Brand of the Year” pada tahun 2012

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.