Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

10 Tempat Popular Di Turki Destinasi Itinerary Travel Agent

Saban tahun, destinasi negara Turki menjadi tumpuan ramai pelancong dari Malaysia. Rakyat Malaysia, antar pengunjung terbesar dalam mempromosikan destinasi negara Islam ini dan ia semakin menjadi tumpuan setiap tahun. Ini adalah 10 Tempat Popular Di Turki Destinasi Itinerary Travel Agent yang selalu mereka masukkan dalam senarai tempat wajib lawat.

Rezeki belum ada untuk ke Turki. Namun negara Islam yang terletak di Eropah ini, tetap menjadi senarai ‘wishlist’ utama MrJocko pada tahun-tahun yang akan datang. Teringin juga nak jejak kaki ke negara yang penuh dengan sejarah Ketamadunan Islam ini disamping melihat sendiri keindahan landskapnya.

Baca : Keindahan Musim Salji di Turki

10 Tempat Popular Di Turki Destinasi Itinerary Travel Agent

Tempat-Popular-Di-Turki 02 Cappadocia copy
 

Ibu negara Turki adalah bandaraya Ankara. Namum, lokasi paling popular di Turki adalah sekitar Istanbul. Tersenarai dalam pilihan ramai pelancong ialah bermula dengan Masjid Sultan Ahmed atau dikenali sebagai Blue Mosque di Istanbul, Cappadocia, Topkapi Palace, Pamukkale, Ephesus, Aspendos, Mount Nemrut, Antalya, Pergamun dan Laut Mediterranean.
 

blue-mosque-istanbul Blue Mosque[/caption]

Baca : Sejarah Tentang Masjid Sultan Ahmed Istanbul (Blue Mosque)

Tempat-Popular-Di-Turki 02 Cappadocia
Cappadocia
Tempat-Popular-Di-Turki 03 Topkapi Palace
Topkapi Palace
Tempat-Popular-Di-Turki 04 Pamukkale
Pamukkale
Tempat-Popular-Di-Turki 05 Ephesus
Ephesus
Tempat-Popular-Di-Turki 06 Aspendos
Aspendos
Tempat-Popular-Di-Turki 07 Mount Nemrut
Mount Nemrut
Tempat-Popular-Di-Turki 08 Antalya
Antalya
Tempat-Popular-Di-Turki 09 Pergamun
Pergamun

Tempat-Popular-Di-Turki 10 Mediterranean
Laut Mediterranean

 

Ramai yang pernah ke Turki akan kata pengalaman bercuti di sini memang menarik. Bukan sahaja pakej harga berbaloi dengan kebiasaannya akan membawa hingga ke 7 hari 6 malam, tetapi juga pilihan makanan tradisional tempatan yang halal dan sangat sedap.

Majoriti mereka yang melancong ke Turki biasanya akan diberi menginap di kebanyakkan hotel yang bertaraf 4 atau 5 Bintang. Ya, memang hotel di Turki dikatakan antara yang termurah di Eropah.

Lagipun menurut ramai pelancong, jika nak membeli belah, Grand Bazaar antara pilihan utama. Bukan sahaja harga yang berpatutan, di sini ramai orang Malaysia suka tawar menawar harga barangan yang dibeli. Lagipun sesetengah pekerja kedai boleh bertutur dalam bahasa Melayu dan juga menerima matawang Ringgit Malaysia. Menarik bukan?

Untuk info semua, Turki unik kerana negara ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu satu bahagian adalah Eropah dan satu bahagian lagi adalah Asia. Selat Istanbul atau lebih dikenali sebagai Bosporus, adalah terusan yang memisahkan negara Turki ini.

Ada banyak lagi yang menarik boleh anda teroka di Turki. Tak kira musim, ramai yang kata Turki adalah destinasi pelancongan popular sepanjang tahun. InsyaAllah, kalau diberi peluang, jangan lepaskan peluang untuk becuti ke Turki.

3 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.