Porsche |
Kovalainen |
Shazmeer yang paling excited |
Aksi POYO kat grandstand |
tengah layan makan dalam F1 Corporate Suites |
Pemenang dan trophy mereka |
As usual – Pictures come first
Citernya, tahun ni susah betul nak dapatkan sponsor tiket free. Hahaha nak buat camana, aku kan suka benda-benda FREE. Skang tak macam dulu-dulu, paling tak dapat la sekeping tiket Hillstand satu keping. Maklum la F1 Sepang sudah masuk tahun ke-10. Jadi, diorang dah established dan dah kurang bagi complimentary ticket.
Pasal nak pegi tengok F1 punya pasal, nak tak nak, kena jugak beli tiket. Nasib aku masih baik pasal aku masih dapat tiket murah. Tiket yang aku beli tu, still 70% cheaper than market price. Beli dari member yang tak jadik nak pegi F1. Buat pertama kali, kena duk kat C2 area. Hillstand, tapi nasib baik ader cover, kalau tak, kulit aku yang ala-ala latinos ni, sure la hangus bak belakang kuali. Huhuhu…
Aku pegi sana hari tu menumpang jer. Naik keta mafia Myvi Nizam, dan pegi sekali ngan Din & Rosman. Ngam-ngam sampai jam 12tgh. Dengan cuaca yang tersangat la panas, kering, terik matahari, kami terus menapak masuk ke C2 gate, carik port, hampar tikar, pastu duduk. Lega skit. Tapi tekak rasa dahaga yang amat…
Aku tengok jam masih lagi 12.30tgh. F1 kang start jam 3.00pm. Lama lagi dowh. Aduss berkeroncong dah perut aku ni. Blum sempat nak pegi beli makanan apap-apa yang patutu. Nasi yang dijual kat sini mahal nak mampos.
Tapi keajaiban berlaku,,, tiba-tiba dapat call :
“trutt!!! truttt!!!” talipon
“yo….”
“yer ker?”
“skang? … okeh, skang jugak aku lari ke sana”
Hehehe, rezeki nyah… Shazmeer, member satu ofis call aku dan suruh datang ke Corporate Suite RBS (Royal Bank of Scotland). Katernya kebetulan ada tiket lebih satu, ada kawan dia terpaksa lepaskan pasal ada hal lain. Tiket tu, memang tiket Corporate Suites dan ia sangat lah mahal. Sungguh aku tak mampu lagi untuk membelinya kalau dijual di pasaran semasa 🙂 Paling best, pakej tiket ini termasuk makan dan minum serta all access. Paling best, masa lunch ader Lobster. Yum yum…
Aku dengan kejam, terpaksa la tinggalkan Nizam & geng lain. Sorry Guys,,, huhuhu
Sampai je dekat gate Mall Area, aku di sambut kat pintu VIP. Fuyyooo… cam menteri lak aku rasanya. Terus pakai tag VIP, ke bilik corporate makan dulu aper yang ader. Lapar sungguh. Masa tu, tekak pun rasa kering. Tapi sayang, huhuhu, lunch hour dah abis time tuh. Tak sempat nak belasah Lobster & Salmon. Tetapi menu lain pun still best. Bismillah dulu…
Aku dan Shazmeer bergerak dari petronas area sampai ker RBS area, aku ngan Shazmeer duk alih alih sekejap di sana, sekejap di sini. Dengan bekal air coke, sprite, ais yang free flow dari bilik corporate, tadi yang mulanya rasa panas, terus dah tak rasa apa-apa lagi dah. Hik hik hik…
Race F1 2008 habis sekita jam 5.30pm. Aku happy, aku puas dan berterima kasih kepada Shazmeer. Aku terus gerak balik umah. Sekali lagi terpaksa buat muka tak malu menumpang kereta bro-in-law Shazmeer.
Hehehe, trima kasih yer bro. Thank a lots… Next year, kalau-kalau ada tiket corporate lebih lagi, jangan lupa aku lagi… 🙂 Pengalaman dengan Sepang Circuit, F1 dan Corporate Suite aku takkan lupakan sampai bila-bila.