GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Duit Oh! Duit

Kalau di tanya “kenapa orang keja?” Jawapan dia mesti sebab “org nak duit”. Xkira keja tu gaji besar ker, gaji kecik ker? Yg penting, keja mesti keja halal, baru idup senang. Tak kaya tak pa, janji tak melarat.

Tapi, kalau citer pasal duit kat KL, setakat RM100, dlm satu hari, dlm sekelip mata dah bleh abis. Makan, minum, isi minyak keta, beli baju selai. Trus abis. Taraf idup tinggi beb. Aku dulu betul tak mimpi keja kat KL, tapi, tah camana, bleh tercampak rezeki aku kat sini. Alhamdulillah jugak, at least aku dapat keja, nganggur pun cuma sebulan jer. Member lain, susah awal2 tahun 1999 – 2000 (Zaman Gawat Millenium)

Aku still pegang kepada prinsip, “kalau nak senang (kaya), kita tak leh keja untuk org”. Kita kena usaha dan brani ambik risiko utk jadi kaya atau senang. Tapi, brp kerat jer yg brani keja sendiri. Aku pun tak brani. Kenapa? Pasal dah terikat ngan komitmen tiap2 bulan.
Keja ngan org, income tetap, kalau dpt lebih pun average range yg sama. Tp kalau business sendiri, rajin usaha, InsyaAllah, lebih la rezeki. kalau dapat sikit tu, nak buat camana.
Yg penting, masa keja, kepuasan, dan kredibiliti seseorang utk motivasi diri utk trus berjaya. Pasal konsep keja sendiri ni, rajin usaha, dpt la apa yg diusahakan tu. lambat atau cepat jer.
Antara salah satu sebab, kenapa keja sendiri best? Skali kita dpt business besar (strike kata org business), lama buleh survive. tapi, nak dapat strike, bukan senang. Sama cam bowling, dlm byk kali, skali skala jer bleh dapat.

Tu pun mesti kejap, bayar utang sana sini, tak sampai satu minggu, abisss…
One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.