kerana MATA... part2
G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

kerana MATA… part2

Sakit mata aku langsung xreda, Malah, makin merah aku tgk. Aku duk belek2, skalik tgk ader benda putih kat kornea mata. Isk isk… teruk sgt ker?
Lps hantar wife & anak2 aku nursery, aku trus ke panel klinik. Lambat lak bukak, jam 9 baru terhegeh2 nak bukak pintu. Check punya check, Dr Akashah ckp mater aku cam kena jangkitan ulser… Kecut perut aku… serius lak.
“Ni kena refer Tawakkal, I rekemen U jumpa Dr Hamidah yer…?”
Aku angguk jer.
Aku call HR mintak faks GL ker Tawakkal. Pastu jumpa Dr Hamidah. Sib baik Dr tu cool jerk. Dia scan mata aku pakai microskop, skalik aku nampak dgn jelas, ader cam habuk kat mata aku. Dah melekat kat kornea. Tu pasal la sakit.
“Ni nak kena buang skarang yer, I buat segera”
“Operation ker Dr?”
“Tak lah, I pakai Jarum jer.” Nak pitam aku dgr. “Ni tak leh pakai cuttons buds psl dah melekat”
Darah aku turun naik, jantung aku kencang, dia buleh suh aku releks padahal dgn sengaja dia hulut kan MATA JARUM ke kornea aku. Pakai tangan, tgh aku bukak mata dan dlm sedar…
“Bismillah, Ngucap & doa byk2 yer” Sambil duk acu mata jarum tu ke anak mata aku. Erk, buat aku makin ketar…
“Isk,,, tenang En Rosmadi, tak da apa, I dah slalu buat” dia duk yakinkan/tenangkan aku. Nak suh aku cool? Dia tak tau aku hampir terkencing dlm sluar gerun/takut tgk dia acu jarum kat anak mata aku .Tuhan ajer yg tau betapa aku tahan takut sambil tahan nak terkencing…
“haaa.. dapatpun, tgk, ni jer yg buat mata u sakit”
“Fuhhh…” sib baik mata kiri aku ni tak jadik aper2. Kalu tak, sure aku jadik Jocko Selamat.
“Ok la, minggu depan jumpa saya skali lagi, U keja kan? I kasi u 2 hari MC, rehat kat umah sampai pakai ubat tu sampai sembuh.” yeahhh…
Hehehe, kalu pertama aku lps duk keja sini, dpt MC lebih dr 3 hari, huhuhu…
Sambil gosok mata, aku balik sambil drive slow2. Sampai umah, tido…
3 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.