GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Sahur Re-Union

Dr smlm lagi aku dpt email dr Farabi, kata dia nak dtg KL. So, kebetulan dia ader keja skit ngan aku, dia ajak sahur skali. Katanya nak ajak geng2 lama masa UiTM dulu. Aku iyakan ajer la since tempat nak jumpa tu kat Sri Hartamas, kat area umah aku jer.

Kul 11pm, lepas aku temankan editing kat ofis, aku trus pegi jumpa diorang kat Nasi Kandar Bestari, sebelah 7-Eleven Sri Hartamas. Aku tgk smua dah ader. Mus, Byte, Adib, serta Farabi. Faris tak dapat nak join. Maklumla, bz dan masih pengantin baru. Si Superman lak, aku lupa nak bgtau malam ni ader re-union.

Mus dah keja ngan UiTM Shah Alam. Byte plak skang kat private company as Logistic Executive. Bahagian quality control kalau tak silap aku. Si Adib lak, keja ngan Mardi Serdang. Ok la tu. Senang dgr citer2 diorang sambil duk gelak ingat citer2 lama masa kat hostel UiTM Machang dolo-dolo.

Kul 2pagi si Farabi dah mintak diri dah. Ngantuk, kata dia esok ader appointment lagi. Org rajin buat business, gitu la. Kami pun gerak sama. Sambil Adib try test drive keta aku sampai ke Mandy, pastu dia trus naik keta Farabi balik ke Serdang.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.