GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Bali Trip Memory Part1

Bali Trip – Part 1

28 March 2009

Saturday

 

 

 

Dari smlm kami dah siap. Sib baik Mak aku dan adik aku ader kat Umah. Tak der la susah sgt nak pack. Smua ready dr awal, pasal esok tak nak kelam kabut.

 

 

Lepas sarapan, aku trus gerak ke umah Kak Ida di TTDI. Mak aku ckp nak stay sana sambil main ngan cucu dia. Lagipun, Mak Long aku ader sana, rumah teres ader tanah, senang skit nak jalan2 bukan cam umah aku atas langit.

 

Lepas hantar Mak aku dan my kids, aku lepak kejap jer. Pastu trus ke KL Sentral. Cari Bus nak ke LCCT. Sib baik org tak ramai. Tghari kami slamat sampai ke LCCT. Lunch kejap, kendian trus check in. Nasib tak baik, flight delayed satu jam. Sib baik bukan berejam-jam. Gini la nasib naik Air Asia. Unpredictable. Tp still ok pasal tiket murah… hehehe.

 

Jam 5.00pm baru dapat naik flight. Memandangkan 3 jam, kena cari alternatif la. Tido. Kena plak, mula2 aku punya seat jauh dgn wife. Pasal aku beli asing2. Skang Air Asia dah fully use of seat no. Kena ikut no. seat. Tp kejap jer. Pastu kebetulan seat wife aku, sebelahnya kosong, aku moved to her seat. Senang skit nak borak n makan.

 

 

 

Sebelum aku pindah ke seat sebelah wife aku, aku duk sebelah Mat Salleh & Minah Salleh dr Germany. Katanya diorang dr LAOS. 2 bulan kat sana. Pastu singgah ke Penang sehari, kendian ambik flight ke KL, trus ke BALI. Maksudnya, jadikan Malaysia sbgai transit sajer. Aku agak umur dia dlm range 30an gak. Dia cakap, dah 2 bulan travel, dan still ader 2 bulan lagi sebelum balik keja kat Australia. Aku tanya gak keja aper. Dia just ckp, dia & gf dia, buat keja biasa2 sajer just for pocket money dan duit utk travelling. Memang survivor betul. Paling klakar, dia tanya aku “What day is today?” Kenapa aku pikir klakar, pasal, syiok punya pasal travel selama 2 bulan, hari pun dia lupa. Sib baik dia ingat date flight. Hahaha…

 

 

 

3 jam, memang boring. Magazine tak der yg best. Aku lak tak bawak PSP. Lepas makan, aku tido la kejap. Blum nak sempat lelap flight dah nak landing. Time tu kul 8.30pm. (KL dan BALI tiada perbezaan jam) Seingat aku, kat Malaysia tgh support EARTH HOUR yg mana kena off kan lampu selama sejam. Sib baik Airport still ON. Kalau time tu dia Off kan lampu, sure kami smua satu flight jatuh dlm laut. Nauzubillah…

 

 

Sampai di Ngurah Rai International Airport Bali, kami lepasi Imigresen baisa jer. No hard check. Lepas ambil bag, blum sampai ke pintu aku dah dgr kejauhan:

“Bapak Shakri, Bapak Shakri, di sini” sambil aku toleh tgk lelaki lewat 30an duk lambai tangan kat aku. Pelik, camana dia bleh kenal aku. Wife aku siap tanya camana mamat tu bleh kenal kami, sedangkan aku tak penah kasi gambar?

 

 Bali-Trip-Bajet

 

Slepas memperkenalkan diri, namanya Mario, Muslim dan akan jadik Tourist Guide aku for next 4 days. Bersama dgn supir Mr Yoman, adalah berugama Hindu. Sib baik aku ambik pakej. Rasa aman skit kalau cerita bab2 makan. Maklum la, di sini, kiri kanan, sana sini, Menu Babi Guling adalah tarikan utama di BALI.

 

 

 

Kami trus ke Restoran local. Menu masakan Sunda. Nasi di bungkus dgn daun pisang, bersama Ikan Terbang. Enak skali, di campur dgn Sup Sayur Asam. AKu berselera gak la. Maklum sajer. Lapar. Lps makan kami trus di hantar ker HOTEL RISATA, 200 meter dr Kuta Beach. Memandangkan jam dah 10.00pm, malas nak kluar. Aku n wife lepak di hotel sajer. Sambil aku puas duk tekan Channel TV dlm bilik Hotel. 60 channel smuanya. Dr Indon Channel, HBO, ESPN, sampai la channel dr Japan, Russian, Itali, Spain dan 7-8 channel yg aku tak paham bahasanya sehingga lah aku tertido, Zzzz…

2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.