FM Modulator
G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

FM Modulator

FM Modulator yg cheapo…
Dulu lagik aku nak beli benda ni. Pasal, aku malas nak burn CD, pastu mainkan kat CD Player keta. Nak beli CD Original,,, tak berapa mampu. Sekeping berharga RM30++ utuk 2 – 3 lagu jer yg best. Bukan tak nak support ORI, tp korang tau la, agak mahal aku rasa…

Kalau dulu FM Modulator ni mahal harganya, sekitar RM90++. Pastu kena beli lak SD Card, MMC Card atau Thumbdrive plak tu. So, tambah tolak, jadi RM ratus2 jugak. So, aku tunggu…

Minggu lepas, masa pegi Lowyat, singgah tgk gadgets, nampak la benda ni di jual dgn harga RM20 jerk. Tambah plak aku ader extra SD Card lama2 yg jarang aku pakai. Aper lagi, aku beli jer la. Bleh buat support kat CD Player. Senang nak add dan nak tukar2 lagu. takyah nak burn CD byk2 pastu buang camtu jer.

Fungsi benda ni senang jer. Cucuk jer kat port bulat, tempat korang heater utk rokok tu, pastu ON. Set kan frekuensi apa2 yg korang suka. Kalau boleh, set kan frekuensi yg tak der channel radio. Kendian, setkan frekuensi radio yg sama kat CD Player korang, pastu tekan play kat FM Modulator. Dan skang, korang bleh mainkan lagu2 yg ader dlm korang punya SD Card, MMC Card atau Thumbdrive korang. Senang kan???

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.