GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

aku rasa cam DITIPU…

Untuk Supermarket Jaya Jusco, One Utama, “Letak la tanda harga elok2”

Lepas berbuka kat Kluang Station hari tu, aku nak kena beli sedikit barang2 dapur. So, memandangkan dah dekat dgn Jusco, aku singgah la kat Supermarket kat G Floor. Masa mula2 masuk, ni yg aku tengok mula2. So, pasal aku suka buahan aku ambik la 2 sikat. Pegi timbang dan trus mencari brg2 lain.
Dah cukup mana yg aku nak, trus la ke kaunter bayaran. Dah sampai, satu satu kena scan sampai la ke pisang tadi. Skali, scan satu sikat dah RM7.00++. Aiyooo,,, mahal nyer. 4 – 5 bijik dah harga tu. Skali tgk rupernya satu kilo RM5.90. Aku silap tgk ke? Tadi aku confirm tgk antara harga RM2.70 ke RM2.90 jer.
AKu tgk skali lagi dan pegi confirm dgn staff yg timbang tu. Dan, katanya harga memang RM5.90 sekilo. Jadik, mana satu yg harga RM2.70 dan RM2.90 ??? Paling aku panas hati bila staf tu ckp, “Ada harga la kat situ bang, lain kali tgk la elok2” berdesing aku dengar. Ooo,,, ko kerek jugak yer…
Last2 tadi pagi, dgn bukti yg aku ambik gambar masa aku kat sana, aku buat report kat KPDNHEP (Persatuan Pengguna) = e-Aduan kat http://kpdnkk.gov.my biar diorang siasat.
Baru puas hati aku…

Penglihatan dr jarak biasa. Mana nampak harga RM5.90 ??? Aku nampak RM2.70 dan RM2.90 jer…
Selepas close up dekat2, harga paling bawah…
Tanda harga lain smua duk atas dan jelas kelihatan.
Aku takder la nak tuduh diorang menipu, tapi cara cam ni mengelirukan pengguna. Aku tunggu jer respons dari report yg aku buat tu…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.