GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

“How has AirAsia changed MrJocko life for the better?”

AirAsia changed Jocko life for the better
AirAsia changed MrJocko life for the better

“We have a story to share with you. At 8½ years, we’re barely a kid in the industry but ever since the red wings took off into the skies, we’ve been the preferred choice in the Asian region. Because of that, we will be flying our 100 Millionth Guest sooner than anyone thought possible.

None of this would have been possible without YOU! This is our story and we want to hear yours. So tell us, “How has AirAsia changed your life for the better?” and you might just walk away with FREE FLIGHTS and a life-changing experience!

Blog it, film it, tweet it, or even make a photo collage of it. A story speaks through all mediums.

Are your creative juices overflowing already? Then climb aboard and find out how you can express yourself here. Remember! Entries must be tagged with AA100M so we won’t miss them.” – AirAsia@fly.AirAsia.com

 

AirAsia changed Jocko life for the better

Ni email aku dapat semalam dari AirAsia. Maklum la, pengunjung tetap AirAsia saban minggu. Nak cari tiket murah, kena la selalu online kat AirAsia.com.my :). Sebab itu, AirAsia changed MrJocko dalam banyak perkara.

cheap ticket airasia

Kita citer skit pasal email tu. Katanya AirAsia duk menunggu pelanggan atau penumpang mereka yg ke 100 juta. Perghhh,,, kejap jer AirAsia dah nak cecah 100 juta penumpang? Baru 8 tahun lebih. Kalau gitu, bleh kata setahun ada 12.5 juta org yg menaiki AirAsia, termasuk la aku dah family… 🙂

Aku kenal AirAsia lama dah, sejak mula2 kluar lagi. Tahun 2003. Dengar2 jer la, tp nak beli tiket tak reti. Hehehe,,, Masa tu nak beli dan bayar kat Kaunter of coz la leceh. Nak pakai Kredit Kad plak, masih tak mampu. Gaji kecik. Maybank2U masa tu aku tak pakai lagi. So, tengok jer la jenama AirAsia ni.

Kena plak masa tu ramai duk “kondem” AirAsia, ckp service low kualiti la, slalu delayed la, makanan tak de la dan macam2 lagi. Pun aku still dengar2 jer. Maklum la,,, kalau dulu, nak naik flight/kapal terbang/belon (ckp org Sabah dan Sarawak) mesti pakai byk duit. So, dulu org mesti ingat saper yg naik flight ni, orang2 kaya jer,,, tapi skang tidak lagi. “With AirAsia, Everyone can Fly… “

Masuk tahun 2007, keja dah makin stabil. Gaji pun buleh la buat simpan sikit. So, aku cuba2 nak kawan dgn AirAsia. First flight aku beli tiket KL ke Jakarta. Masa tu promosi jugak. Of coz la dpt murah. Memang senang nak book dan bayar. Pakai Maybank2u ajer… Login, pilih, isi details confirmed dan bayar. Senang jer kan… Masa tu aku ngan geng2 ofis buat trip ke Jakarta – Bandung – Puncak. Best…

Lepas ke Jakarta aku seakan2 addicted plak… Hehehe… Pantang tgk tiket murah, lebih2 lagi yg “Zero Fares”, memang aku beli satu atau dua destinasi. Maklum lah, kalau satu family aku, 2 dewasa dan 2 kanak2, average satu trip pergi balik, dalam Malaysia mesti bawah RM100. Berbaloikan? Kalau syarikat lain, jangan harap la nak dpt harga cam tu… 🙁

Bermula dgn tiket KL – Alor Setar (Family), kemudian ambik Ferry ke Langkawi. Alternatif kerana masa tu tiket ke Langkawi mahal sikit. Dah puas hati dgn budget yg cukup murah aku truskan beli tiket dari KL – KK (Family), kemudian KL – Bali (Honeymoon berdua dgn Wife), dan KL – Kuching (Family), Penutup tahun 2009, kami celebrate birthday aku kat Bandung pada bulan November 2009. Sungguh berbaloi, kerana dgn budget serendah RM1,000 bagi satu family aku utk satu destinasi, byk merubah hidup, pengalaman, pengetahuan dan cara kami melihat cara hidup masyarakat selain Kuala Lumpur.

Masuk tahun 2010, kami mulakan trip ke Tawau. Masa tu ramai tanya aku, “Buat apa nak ke Tawau”? “Apa yg best kat Tawau” So jawapan aku, “Tawau tak der la best sgt, pekan biasa, tp Tawau adalah transit terdekat utk ke Semporna. Korang tau Semporna ada apa? Ada Sipadan, Mabul, Kapalai, Bum Bum dan byk lagi produk2 laut yg best2. Kalau nak tau, Sipadan one of the best divers favourite kat dunia ni. World Class Sipadan…” lepas tu, baru la ramai yg paham…

Bagi aku, kita kena kreatif sikit jer. Walaupun Tawau ke Semporna makan masa sejam kalau drive, tp dgn harga aku bayar return flight, cuma RM312.00 utk satu family, bukan kah itu sungguh murah utk pengalaman yg sungguh menakjubkan???

Lepas ke Tawau, aku berjaya dptkan tiket murah ke Gold Coast, Queensland, Australia. Memang aku teruja ke sana. Walaupun pegi bertemankan Shazmeer, member baik aku, aku tetap teruja. Melihat dgn mata sendiri, megalami dan merasai sendiri Sea World, Movie World dan juga Surfers Paradise adalah pengalaman yg cukup bernilai. Aku akan ke sana lagi bersama2 family utk membawa mereka merasai sendiri keseronokan Gold Coast, Bandar yg penuh dgn Taman Tema dan keseronokan.

Utk menggantikan masa cuti ke Gold Coast, aku bawa family ke Penang. Merasa nikmat 3 hari 2 malam di Pantai Ferringhi. Makan Nasi Kandar Penang, Dinner kat The Ship Ferringhi, menyusuri pantai dan keasyikan Hard Rock Hotel Penang, menikmati hidangan Seafood di Kampung Nelayan Pulau Pinang, kemudian merasai durian terkenal Balik Pulau, seterusnya pusing satu pulau dan balik kembali ke Batu Ferringhi. Syiokkk!!!

Dari Penang, selang 2 bulan kemudian kami ke Langkawi. Kali ni aku bawa bersama 2 org adik2 aku. Sbgai ganjaran menjadi Aunty yg baik kpd Khalish dan Hasya. Langkawi, tak perlu nak ceritakan kehebatan pulau lagenda ni. Dah terkenal satu dunia kan? Pantai Cenang sajer sudah cukup menjadi tarikan utama pelancong asing.

Selama 3 tahun aku bersama AirAsia sebagai penerbangan rasmi aku dan sekeluarga, aku cukup puas hati. Walaupun kekadang servis kaunter agak kurang kualiti, tetapi apa lagi yg aku nak harap kerana aku membayar harga yg sudah cukup murah utk servis penerbangan? Kekurangan yg sedikit rasanya boleh dimaafkan.

cheap ticket airasia

AirAsia memang merubah hidup aku dan kami sekeluarga. Kerana AirAsia, Mak, Ayah, Adik dan Pakcik serta Makcik aku bleh terbang dr KB ke KL dgn selesa. Kerna AirAsia jugak, kami kenal Malaysia, kerana AirAsia. Kami kenal Asian, juga kerana adanya AirAsia. Tanpa AirAsia, rasanya mustahil bagi aku dan keluarga bleh terbang sebegitu jauh. 1jam ke Alor Star, Langkawi dan Penang. 2 jam ke Kuching, Bandung dan Jakarta. 3 jam ke Kota Kinabalu, Semporna dan Bali. 8 jam penerbangan ke Gold Coast dan smuanya aku bayar dengan harga yg cukup2 murah. Inilah erti sebenar “Setiap orang boleh terbang bersama AirAsia”.

cheap ticket airasia

cheap ticket airasia

Dan kini, kami menunggu masa utk ke Kota Kinabalu menutup kalendar tahun 2010. Cukup la dulu buat masa ni. Nanti, tahun 2011, nantikan kami berkongsi cerita Seoul (Korea), Sandakan (Sabah) dan Penang (Pulau Pinang – skali lagi). Smua telah di tempah. Panjang umur, kami akan ke sana. Utk waktu skang, masa utk kumpul duit. Nanti boleh shooopinggg… 🙂

One more thing, bila korang baca citer aku travel banyak tempat setiap tahun, jangan ingat aku orang kaya pulak. Aku sama cam korang jer. Cuma nasib aku, aku selalu online kat AirAsia.com.my dan hunt for tiket murah. Bila aku cakap murah, its really really murah… believe me, its MURAH… 🙂

Thanks AirAsia…

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.