GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Perlu ke “Giler Gadget”?

Baru jer dengar Apple iPad2 keluar kat market. Belum sempat nak cuba, dengar pulak Blackberry Playbook dah ada kat Lowyat. Baru nak ke Lowyat nak test Playbook, Sony pulak launched Sony Android Tablet. Sampai sudah tak sempat nak kejar.
Itu baru tablet mobile PC. Kalau handphone pulak, lagi tak terkejar. Dari iPhone4, pastu Blackberry Torch, lawan pulak dengan Galaxy S. Nak buat perbandingan antara semua tu memang payah. Takkan nak beli semua?
Gadget lain camana pulak? Mp3, camera, video camera, playstation? Jadi, tak perlulah sangat nak up to date sangat. Guna dan pakai gadget yang sesuai dengan keperluan kita dan kegunaan kita. Biarlah tak nampak up-to-date pun, janji kita tidak membazir kepada benda2 tak perlu atau “Gila Gadget”.
Kebanyakkan dari kita sanggup berhabis untuk handphone, mp3, laptop dan lain2 lagi sedangkan jarang menggunakan gadget tersebut secara maksima. Kalau dah ada iPhone, tak perlu lagi iPod Touch. Kalau dah ada iPad, tak perlu lah nak beli Playbook. Sati sudah memadai.
Unless, kalau korang betul2 kaya dan bertitle Jutawan di Malaysia. 🙂 Beli lah apa saja yang korang nak…
3 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.