GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Taktik penipuan di Laman Web Mudah.my

Kes Tipu Di Iklan Mudah.My
Contoh Iklan di laman web Mudah.my

 

Sekarang ni kalau orang nak menipu, di mana-mana pun boleh.

Bulan lepas aku duk belek2 la iklan kat Mudah.my. Tah camana bila duk search keyword “BMW” aku terpandang satu iklan ni. ‘For Sale BMW 320i RM28,000 only. Year 2004 Model. Urgent – Mr X.’ Dan bila aku tgk picture kereta tu, sama la dgn pic di atas. Maknanya, ni la gambar yang ‘pengiklan’ tu letak.

Wah!!!, RM 28,000 saja, Harga cash. Gila murah. Cantik lak tu. Aku aper lagi, terus tangkap cintan. Aku ambik HP trus sms no yang di beri, dan aku menunggu.

Tunggu punya tunggu, langsung takder reply. Dah lebih 6 jam, Erm,,, Aku fikir, maybe owner tu busy atau kredit tak der nak reply balik. So, aku call. Sekali ada satu suara cakap, aku call salah orang. Dia bukan Mr X yg iklankan kereta tu. Tapi no telefon yg di beri betul. Aku dah mula was-was.

Tapi, minat punya pasal, aku tukar cara, aku email kepada address yg di beri, bagitau yang aku berminat nak beli. Tak sampai sejam, aku dapat reply. Antara katanya ;

1. Dia tersalah letak no tel kat web mudah dan tak sempat nak edit,
2. Dia sekarang kat Afrika ada urusan kerja, tetapi nak jual kereta tu urgent,
3. Kereta tu dah ada kat storage pelabuhan kat Penang, pasal dah ready nak submit kepada buyer yang mula2 nak beli, tetapi kansel last minit. So, kalau aku nak, just bayar jer RM10,000 kat akaun bank dia, dan dia akan suruh delivery ke Pelabuhan Klang.
4. Baki RM18,000 bayar bila dpt kereta kat Wakil delivery kat Pelabuhan Klang…

Lepas dapat email tu, aku tak fikir panjang dah,,, SAH ni semua ada unsur-unsur tipu,,, ini SCAM,,, cilakak betul, bazir masa aku jer call dan mesej mamat penjual BMW yang penipu ni,,,

3 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.