GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Korban Tanah Runtuh Penghuni Rumah Anak Yatim At-Takwa

Sabtu lepas, kita dikejutkan dengan bencana alam tanah runtuh yang meranapkan sebahagian khemah di Rumah Anak yatim At-Takwa, Ulu Langat, Felda Semungkis.
Lebih menyayat hati apabila diberitakan lebih kurang 30 mangsa dikhuatiri tertimbus didalam kejadian itu. Berita semalam, sudah 16 mangsa sudah dikenalpasti meninggal dunia dan rata-rata mereka adalah kanak-kanak dan remaja yang berusian 6 tahun sehingga 18 tahun.
Kejadian sekitar jam 2.30petang itu berlaku sewaktu anak-anak ini melakukan latihan untuk menyambut pelawat yang akan berkunjung ke Rumah Anak Yatim ini. Kesemua yang terkorban diberitakan berada dalam khemah dan tidak sempat menyelamatkan diri sewaktu tanah runtuh menimpa khemah mereka.
Ramai diantara mereka adalah Anak-anak Yatim yang mendapat pelajaran dan penghuni Rumah Anak Yatim At-Takwa. Ada juga pelajar yang turut sama mendalami ilmu agama di situ.
Sedih bila melihat gambar-gambar terakhir mereka ini. Semoga roh mereka-mereka yang terkorban mendapat balasan Syurga. Amin
MrJocko.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.