GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Menu Makanan Dalam Flight MAS KL ke Phuket Thailand

Last time aku naik penerbangan MAS tahun 2003 dulu. Masa tu KL ke Alor Setar dan Penang ke KL. Kali ni, aku berpeluang naik MAS lagi, penerbangan Kuala Lumpur ke Phuket pergi balik. Teruja, nak kongsi tentang apa Menu Makanan Dalam Flight MAS KL ke Phuket.

Aku nak share info pasal menu makanan atas flight MAS ni. Seingat aku, masa flight pertama dari KL ke Phuket, flight kul 9.30am. Menu yang disajikan Nasi Lemak Set dan Potato Western Set. Menu2 ini di sertakan skali dengan set Jus Oren + Sepotong Kek + Coklat. Air korang boleh pilih Fresh Orange, Coke, Sprite, Mineral Water dan Sparkling Drink. Kalu korang bukan Muslim bleh mintak Red Wine atau Carlsberg.

Baca : Pengalaman Terbang dengan Malaysia Airlines

Menu Makanan Dalam Flight MAS KL ke Phuket Thailand

Menu Makanan Dalam Flight MAS KL ke Phuket Thailand

Masa penerbangan balik dari Phuket ke KL pagi tadi, menu yang ada cuma Murtabak Set dan Waffle Set. Yang side set sama jer, ada Jus Oren + Sepotong Kek + Coklat. Kali ni aku mintak Sparkling Drink, sedap…

 

Konklusi aku, cara penyedian menu memang superb. Rasa makanan pun sedap. Nasi Lemak dengan Kuah Kari yang berbeza dari pernah aku rasa.

 

Murtabak Ayam pulak kena dengan kuah Dhal yang disediakan. Side menu set patutnya ada sepotong buah, pisang atau papaya lagi bagus kalau nak bandingkan dengan Kek Kismis yang sangat manis.

 

Yang paling best, korang tak yah bayar, smua dah termasuk dalam harga tiket 🙂

 

Sent from my BlackBerry® smartphone

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.