GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Servis Order Pizza Hut Online Lambat Dan Menyusahkan

Kali ni MrJocko nak kongsi sedikit pengalaman sendiri. Ini sedikit info ringkas tentang pengalaman sendiri order pizza. Patut la ramai juga yang kata Servis Order Pizza Hut Online Lambat Dan Menyusahkan.

Tak tahu kali ini rasa nak order online. Kalau sebelum ni, boleh ke restoran Pizza Hut, tetapi kalau tiada kenderaan, cara mudah ialah dengan membeli Pizza secara Online.

Kisahnya bermula pada hari Jumaat petang aku cadang nak order Pizza Hut online. Nak senangkan, malas nak call pasal nak jimat bil telefon. Lagipun senang sahaja order Pizza Online sekarang ni.

Servis Order Pizza Hut Online Lambat

Servis Order Pizza Hut Online Lambat Servis Order Pizza Hut Online Lambat 

Start pukul 3.00pm aku dah try order Pizza Hut Online, pakai iPad aku. Sayangnya susah betul nak loading page. Punya la slow dan slalu failed. Pelik. Tak tau pulak silap kat mana. Alih-alih aku pakai wifi kat cafe tempat pejabat aku bekerja. Alhamdulillah dapat order confirmation. Masa tu pukul 3.30pm dan patut sampai kul 4.00pm.

Masuk pukul 4.35pm aku dapat call dari staff call centre Pizza Hut kot, bagitau yang system diorang lambat dapat order aku. Katanya kalau nak diorang bleh hantar paling cepat pun pukul 5.00pm.

Alamak, mana buleh, time tu dah ada kawan-kawan ofis aku yang dah nak balik. Nak tak nak aku kansel kan ajer. Next monday, aku nak try pizza lain pulak la kalau servis slow cam gitu,

3 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.