GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Sessi mengemas pertama selesai

Hari Jumaat lepas, barang2 perabot yang kami order dah sampai. Walaupun setelah hampir sebulan tunggu untuk delivery. Hampes sungguh delivery diorang,,,
Bila sampai perabot baru, maka banyak keja la nak kena buat. Pertama, perabot lama dah setel hantar kampung. Kedua, menyusun mana yang perlu untuk letak wardrobe @ almari baru, katil sliding, meja makan dan rak TV. Satu lori, semua aku punya. Rasa cam pindah rumah plak.
Masa menyusun ni la yang leceh. Kena kemas, memang aku tak suka mengemas, banyak keja nak buat. Tapi, nak buat camana, kena buat jugak.
Sessi mengemas kami start hari Sabtu lagi, bermula dengan bilik tidur anak2 aku. Sib baik dah siap cat kaler Pink, susun 2 almari sederhana dari Ikea dan katil sliding untuk anak2 aku. Kami tukar langsir baru kerana design lama langsir bilik tidur ni dah buruk sangat. Kami susun rak TV dan letak mainan dalam storage yang sesuai.
Kira sehari kami kerja keras siapkan bilik ni, sapu habuk yang ada, mop, buang katil lama yang dah buruk kemudian baru susun dengan perabot baru, langsir baru dan mengemas.
Skang masih ada kerja yang belum selesai, bilik tidur utama dan bilik tidur ketiga. Kami sambung perlahan2 la atau minggu depan pasal dah 2 hari duk umah jer, kesian anak2 aku cam boring.
Ni nak keluar ke Ikea cari quilt cover, rugs, lampu tido dan jugak apa2 deco yang menarik. See ya…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.